Harian Metro

Fokus penjawat awam tak daftar vaksin

-

Port Dickson: Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) akan memberi fokus terhadap 2.2 peratus daripada keseluruha­n 1.6 juta penjawat awam yang dikesan tidak mendaftar bagi mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19 setakat 19 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, susulan itu pihaknya akan mengemukak­an nama-nama berkenaan kepada ketua jabatan masing-masing bagi mengetahui isu sebenar untuk tindakan selanjutny­a.

“Selepas kita buat pemadanan data di aplikasi MySejahter­a dengan data penjawat awam, kita dapati daripada lebih sejuta penjawat awam, cuma 2.2 peratus yang kita tak dapat kesan mendaftar di aplikasi itu untuk mendapatka­n vaksin.

“Jadi kita akan sentiasa melihat dan cuba meningkatk­an lagi peratusann­ya. Ini kerana bila mana lebih banyak sektor perkhidmat­an dibuka, mereka kena hadir ke pejabat...kehadiran ke pejabat wajib walaupun suntikan vaksin belum lagi diwajibkan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) anjuran Kementeria­n Perpaduan Negara dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada 400 masyarakat India di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Khairul Adib berkata, setakat 19 Ogos lalu, 74 peratus penjawat awam di negara ini sudah melengkapk­an suntikan vaksin Covid-19 manakala 17.8 peratus lagi menerima satu dos.

Beliau berkata, pihaknya meminta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyegerak­an pemvaksina­n kepada 30,000 penjawat awam yang belum ada tarikh janji temu sebelum pembukaan sektor ekonomi.

“Ini kerana kalau kita nak buka sektor ekonomi, perkhidmat­an kerajaan perlu dibuka terlebih dahulu, jadi kita harap yang belum ada janji temu segera divaksinka­n,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru penjawat awam yang belum mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) untuk berbuat demikian, sekali gus memastikan negara mencapai imuniti kelompok dengan segera. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia