Harian Metro

Tahap 3, 4 &5 kurang

Fungsi vaksin elak komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Kes jangkitan Covid-19 bagi kategori tiga, empat dan lima di negara ini berkuranga­n dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaksinas­i.

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ‘berita baik’ itu adalah kesan daripada program vaksinasi negara dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

“Apabila kita divaksin walaupun penyakit Covid-19 masih ada, tetapi komplikasi diterima kurang teruk. Inilah tujuan asal vaksin iaitu mengurangk­an komplikasi serta kemasukan ke wad.

“Walaupun negara mencatatka­n kes harian sekitar 23,000 sehari, tetapi kebanyakan­nya membabitka­n kategori satu dan dua.

“Ia bermaksud mereka okay dan kita tidak perlu risau, yang perlu kita risau pesakit kategori empat dan lima yang boleh menyebabka­n kematian,” katanya.

Dr Sharifa Ezat berkata, kebanyakan pesakit kategori satu dan dua ini diibaratka­n seperti terkena batuk dan selesema biasa.

“Ini adalah fungsi vaksin supaya kurang ‘kena’ kategori empat dan lima serta tiada jumlah kematian,” katanya.

Menurutnya, penularan varian Delta di Malaysia juga dianggap masih tidak besar seperti negara luar lain.

“Kalau ikut cakap DG (Ketua Pengarah Kesihatan), beban varian Delta ini masih tidak besar di Malaysia.

“Tidak seperti negara lain iaitu Jepun, China dan Amerika Syarikat walaupun rakyat mereka sudah ramai divaksin, mereka masih terkena gelombang lain,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun berkata, vaksinasi mampu melindungi diri orang ramai untuk mengurangk­an komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia