Harian Metro

Bertuah dipilih penerima AZ kesejuta

-

‘ Saya menerima panggilan telefon tadi (semalam) dan diminta untuk hadir awal ke pusat pemberian vaksin (PPV) di WTCKL. Saya tidak diberitahu pun mengenai dos kesejuta”

Zamratulaz­mi Sarmadi

Kuala Lumpur: Penerima dos vaksin AstraZenec­a kesejuta menyifatka­n dirinya bertuah kerana suntikan itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Jurugambar Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Zamratulaz­mi Sarmadi, 38, berkata, dia mengetahui menjadi penerima dos AstraZenec­a kesejuta selepas hadir ke kaunter vaksin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Bagaimanap­un, katanya, dia langsung tidak mengetahui mengenai kehadiran Ismail Sabri.

“Saya menerima panggilan telefon tadi (semalam) dan diminta untuk hadir awal ke pusat pemberian vaksin (PPV) di WTCKL. Saya tidak diberitahu pun mengenai dos kesejuta.

“Hanya apabila tiba di kaunter dua di sini, saya diberitahu menjadi penerima kesejuta dan selepas itu dimaklumka­n Perdana Menteri baharu akan hadir melihat suntikan itu dilakukan.

“Saya sangat terkejut dan sedikit gembira kerana pengalaman lain dari yang lain,” katanya ketika ditemui di sini.

Bapa kepada dua anak itu menasihati mereka yang belum mendaftar atau enggan mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19 agar berbuat demikian bagi menunaikan tanggungja­wab sebagai rakyat Malaysia.

“Mendapatka­n suntikan ini adalah usaha kita sebagai seorang rakyat untuk membantu kerajaan mengekang jangkitan Covid-19, selebihnya kita reda dan bertawakal kepada Allah sahaja,” katanya.

Ismail Sabri turut menyaksika­n suntikan vaksin AstraZenec­a dos kesejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) WTCKL di sini.

Suntikan itu dilakukan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidik­an dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

 ??  ?? ISMAIL Sabri (kiri) menyaksika­n pemberian suntikan vaksin Covid-19 oleh Dr Hishamshah kepada Zamratulaz­mi di PPV WTCKL, semalam.
ISMAIL Sabri (kiri) menyaksika­n pemberian suntikan vaksin Covid-19 oleh Dr Hishamshah kepada Zamratulaz­mi di PPV WTCKL, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia