Harian Metro

20,579 jangkitan baharu, 285 kematian

-

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 mencatatka­n penurunan apabila merekodkan sebanyak 20,579 kes, semalam menjadikan jumlah keseluruha­n 1,706,089 kes dengan 267,997 kes aktif dan 285 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 455 kes atau 2.2 peratus daripada kategori 3, 4 dan 5 iaitu mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen serta kritikal.

“Sebanyak 20,124 kes atau 97.8 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2 berdasarka­n keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19.

“Secara keseluruha­n, sebanyak 15,651 kes atau 76.1 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini (semalam) tiada dan tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 20,579 kes dilaporkan, tujuh kes adalah kes import manakala 20,572 kes lagi membabitka­n penularan tempatan.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 5,447 kes diikuti Sabah (2,985 kes) dan Sarawak (1,982 kes).

“Terdapat 1,009 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 477 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya, sebanyak 20,845 kes dilaporkan pulih, semalam menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 1,422,005 kes atau 83.4 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes. “Terdapat 285 kematian dilaporkan hari ini (semalam) membabitka­n 240 warga tempatan dan 45 warga asing dengan Selangor mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 110 kes diikuti Johor (50 kes) serta Sabah (46 kes).

“Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian 16,087 kes atau 0.94 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes,” katanya.

Beliau berkata, data terkini kadar kebolehjan­gkitan atau R-naught (Rt) penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia sehingga kelmarin, adalah sebanyak 1.01.

“Negeri yang mencatatka­n nilai RT tertinggi adalah Sarawak dengan 1.25. Terdapat tujuh negeri yang mencatatka­n nilai Rt kurang daripada 1.0 iaitu Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Jumlah keseluruha­n 1,706,089 kes dengan 267,997 kes aktif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia