Harian Metro

Jaipk buat laporan polis, SKMM

-

Kuala Lumpur: Bimbang dakyah berhubung ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) terus tersebar di media sosial, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) sudah membuat laporan kepada polis serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarahny­a Datuk Mohd Yusop Husin berkata, laporan berkenaan dibuat kira-kira tiga minggu lalu susulan aduan diterima pihaknya berhubung ajaran PMYT.

Mengulas lanjut, Mohd Yusop berkata, tidak ada pusat aktiviti ajaran berkenaan dikesan di negeri itu namun pihaknya khuatir mengenai dakyah yang disebarkan menerusi media sosial.

“Kita mendapat maklumat awal mengenai ajaran itu dan membuat laporan polis serta SKMM.

“Kita difahamkan (ajaran ini) ada di merata-rata. Jadi laporan dibuat untuk pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Yusop berkata, pihaknya dimaklumka­n ada perancanga­n untuk mengembang­kan ajaran berkenaan di negeri itu namun pihaknya masih belum mengesan sebarang aktiviti setakat ini.

Katanya, beliau menasihatk­an umat Islam khususnya di Perak supaya berhati-hati dan mendalami ilmu agama daripada sumber yang betul dan tidak menyelewen­g.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya sudah menerima laporan mengenai ajaran terbabit. Katanya, umat Islam diminta merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri terhadap sebarang persoalan dan isu membabitka­n percakapan, perbuatan serta lain yang meragukan, mengeliruk­an dan menyimpang yang mungkin bertentang­an dengan prinsip hukum syarak.

“Ada (aduan) dan Jais sedang meneliti perkara ini. Orang awam diminta tidak membuat sebarang tuduhan mendahului fatwa, undang-undang dan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, satu laporan bakal dikemukaka­n kepadanya dalam masa terdekat dan pihaknya akan menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Jais sudah menerima laporan mengenai ajaran PMYT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia