Harian Metro

‘DOAKAN SAYA BOLEH BERTAHAN’

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

‘ Sebelum besarkan ini anak saya dengan nekad wang sendiri. Dengan adanya nafkah, ia serba sedikit membantu saya membiayai persekolah­an dan perbelanja­an harian mereka”

Muna

‘ Sepatutnya saya di mahkamah, sudah perceraian didengar tetapi sampai tidak tahu sekarang bagaimana saya statusnya. Tak tahu sampai bila akan hidup begini. Adik-beradik lain juga tinggal bersama dan saya rasa seperti menyusahka­n mereka pula”

Rohaya

“Doakan saya boleh bertahan untuk besarkan anak. Sejak berpisah tujuh bulan lalu, saya tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu.

“Duit simpanan tidak seberapa habis digunakan. Sepatutnya kes sudah didengar di mahkamah namun tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Muna.

Ibu tunggal berusia 30-an itu buntu memikirkan masa depan anak-anaknya berusia dua hingga lapan tahun selepas menggalas tugas sebagai ibu dan bapa serentak.

Katanya, dia tidak menyangka rumah tangga dibina lebih 10 tahun lalu hancur di tengah jalan dan lebih malang, suaminya sudah berkahwin baharu dan langsung tidak mengambil tahu soal anak.

“Sebelum ini saya nekad besarkan anak dengan wang sendiri. Dengan adanya nafkah, ia serba sedikit membantu saya membiayai persekolah­an dan perbelanja­an harian mereka.

“Tetapi saya tidak tahu bila akan dapat nafkah ini. Semakin hari berlalu rasa seperti hilang semangat,” katanya yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang di selatan tanah air.

Seorang lagi ibu tunggal mahu dikenali sebagai Rohaya, 30-an, berkata hidupnya bersama tiga anak bertambah sukar apabila tidak menerima nafkah daripada bekas suami.

Menurutnya, keadaan bertambah meruncing apabila terpaksa menjaga anak bongsunya yang juga orang kurang upaya (OKU) dan pada masa sama dia juga hamil anak yang keempat.

Katanya, sejak berpisah dengan suami pada awal tahun ini, dia terpaksa menumpang ihsan ibu bapanya di Kedah kerana tiada wang menyara kehidupan bersama anak selain tiada tempatuntu­k berlindung.

“Sepatutnya perceraian saya sudah didengar di mahkamah, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana statusnya.

“Tak tahu sampai bila akan hidup begini. Adik-beradik lain juga tinggal bersama dan saya rasa seperti menyusahka­n mereka pula,” katanya.

Justeru, dia berharap kesnya dapat didengar dan diputuskan segera untuk memberi keadilan kepada anak-anaknya buat mereka meneruskan kehidupan mendatang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia