Harian Metro

36,983 kes cerai didaftar sejak PKP

-

Kuala Lumpur: Mereka mungkin tidak mengerti apa-apa kerana masih kecil namun anak-anak berdepan nasib dan masa depan tidak menentu kerana perpisahan ibu bapa mereka.

Ini menyebabka­n timbul masalah sosial seperti kemiskinan, ponteng sekolah dan lebih malang lagi ada yang terjerumus ke dalam kancah pelacuran.

Semua berpunca daripada segala urusan berkaitan perceraian dan tuntutan nafkah menjadi semakin sukar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, berdasarka­n statistik pendaftara­n kes, ada 201 kes nafkah tertunggak direkodkan di seluruh negara sejak Mac 2020 hingga Mei lalu.

Menurutnya, setakat ini 36,983 kes perceraian didaftar di mahkamah syariah seluruh negara sepanjang tempoh itu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 18,783 kes berjaya diselesaik­an iaitu 11,539 kes pada PKP1.0, PKP 2.0 (5,216 kes) dan 2,028 kes dari April 2021 hingga Mei lalu.

“Ia bukanlah isu baru, tetapi nafkah tertunggak ini banyak kesannya. Atas dasar nafkah adalah perkara yang penting maka pengabaian­nya memerlukan campur tangan pihak berwajib.

“Justeru, JKSM sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam membantu ibu tunggal dan anak mendapatka­n kembali hak mereka terutama pembayaran nafkah daripada bekas suami atau bapa seperti perintah mahkamah,” katanya.

Katanya, ia termasuk menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) pada 2008 bagi membantu menguat kuasa dan melaksana perintah nafkah yang gagal dipatuhi oleh bekas suami atau bapa.

“Kewujudan BSK di mahkamah syariah bagi membantu ibu tunggal dan anak-anak sekiranya bekas suami enggan membayar nafkah dengan menguatkua­sakan perintah mahkamah,” katanya.

Mohd Naim berkata, fungsi lain BSK adalah menyediaka­n pendahulua­n nafkah (bersifat revolving fund yang disalurkan kerajaan) dan bantuan nafkah ( disalurkan Majlis Agama Islam Negeri) kepada penghutang penghakima­n (isteri atau bekas isteri) tidak berkemampu­an (iaitu yang berada di bawah had kifayah) selama enam bulan selepas kes penguatkua­saan dan pelaksanaa­n perintah nafkah didaftarka­n di mahkamah syariah.

Menurutnya, jumlah pendahulua­n nafkah itu seperti dinyatakan dalam perintah nafkah mahkamah syariah.

Katanya, selain pemantauan pematuhan perintah melalui integrasi e-nafkah dan e-syariah, JKSM melalui BSK mengadakan promosi dan kaunter bergerak secara berkala di tempat tumpuan awam bagi memudahkan orang awam mendapatka­n khidmat nasihat perundanga­n syariah dan guaman berkaitan perintah nafkah.

Dalam pada itu, Mohd Naim berkata, dari segi pengabaian, 148 aduan diterima iaitu 78 aduan pada PKP 1.0, 26 aduan pada PKP 2.0 manakala selebihnya pada PKP yang terbaharu.

“Apabila aduan diterima, BSK akan mengeluark­an notis kepada bekas suami atau bapa yang dilaporkan melakukan pengabaian nafkah.

“Tindakan selanjutny­a akan dilaksanak­an berdasarka­n undang-undang dan garis panduan sedia ada bagi memastikan pembayaran nafkah dilaksanak­an.

“Kepada pasangan suami isteri berdepan situasi ini atau dalam proses penceraian, saya nasihatkan walau apapun keadaan dan sekiranya penceraian jalan terbaik, kebajikan anak terutama nafkah perlu diutama bagi meneruskan kelangsung­an hidup mereka,” katanya.

“Ia bukanlah isu baru, tetapi nafkah tertunggak ini banyak kesannya

Mohd Naim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia