Harian Metro

‘Ketum ini kawan punya’

Alasan diberi pekerja kedai makan dicekup bersama barang larangan dalam sekatan polis

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Alasan pekerja kedai makan mendakwa mengambil air ketum bersama ubat batuk milik rakannya mengundang padah apabila ditahan dalam Op Motosikal di Jalan Bangsar di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun itu memaklumka­n dia dalam perjalanan pulang dari Sungai Buloh ke Bangsar selepas mengambil satu botol air ketum dengan ubat batuk bagi pihak rakannya.

“Saya hanya tolong kawan ambil barang (air ketum dengan ubat batuk) itu, tetapi saya sendiri tidak meminumnya.

“Saya tahu perbuatan itu (bawa air ketum dan air batuk) salah namun saya hanya mahu bantu kawan,” katanya ketika ditemui di Jalan Bangsar di sini.

Dalam operasi bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu, 300 motosikal diperiksa di dua lokasi iaitu di Jalan Bangsar dan Jalan Setapak di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 164 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan dalam operasi terbabit.

“Antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i, ubah suai ekzos dan lain-lain.

“Selain itu, kami turut menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang membawa sebotol air ketum bersama sebotol ubat batuk diletakkan di dalam bakul motosikaln­ya di Jalan Bangsar.

“Lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pihak polis akan melakukan operasi berkenaan secara konsisten dalam usaha memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya.

Saya tahu perbuatan itu (bawa air ketum dan air batuk) salah namun saya hanya mahu bantu kawan

Suspek

 ??  ?? ANGGOTA polis menyoal siasat suspek yang ditahan bersama sebotol air ketum dan ubat batuk yang diletak di dalam bakul motosikaln­ya.
ANGGOTA polis menyoal siasat suspek yang ditahan bersama sebotol air ketum dan ubat batuk yang diletak di dalam bakul motosikaln­ya.
 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa penunggang motosikal dalam Op Motosikal di Jalan Bangsar, kelmarin.
ANGGOTA polis memeriksa penunggang motosikal dalam Op Motosikal di Jalan Bangsar, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia