Harian Metro

12 buat aksi terbang di lebuh raya dicekup

-

Kuala Lumpur: Lagak 12 lelaki menunggang motosikal sambil mempamerka­n aksi berbahaya mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Opsi Samseng Jalanan di dua lokasi, semalam.

Operasi berkenaan bermula jam 12 tengah malam di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini, selepas menerima maklumat.

Seramai dua pegawai dan 14 anggota Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan (JSPT) Kuala Lumpur terbabit dalam operasi diketuai Asisten Superinten­dan

Ahmad Fuad Mahmod itu.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh (gambar) berkata, dalam serbuan pertama di Lebuhraya Duke, pihaknya menahan tujuh lelaki berusia 17 hingga 33 tahun.

“Mereka didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan menunjukka­n pelbagai aksi termasuk roket, zig zag, terbang (fly), superman dan bersaing sesama sendiri.

“Siasatan awal mendapati suspek terbabit bekerja penghantar makanan, pekerja am, pemandu peribadi dan pekerja restoran, selain menganggur,” katanya. Sarifudin berkata, polis menahan lima lelaki berusia 17 hingga 27 tahun yang menunggang motosikal dengan menunjukka­n aksi berbahaya di Lebuhraya Akleh di sini.

“Dalam operasi ini, kami menahan seorang lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal Honda Wave menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Kami mengeluark­an sebanyak 10 saman dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan termasuk nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan lain-lain.

“Semua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aksi berbahaya dilakukan penunggang motosikal.
ANTARA aksi berbahaya dilakukan penunggang motosikal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia