Harian Metro

Kematian tragis

Sorok mayat wanita bawah katil lepas rogol, liwat

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Dirogol dan diliwat sehingga maut sebelum mayatnya disorok bawah katil.

Begitu kejadian tragis menimpa seorang wanita berusia 40 tahun apabila diperlakuk­an oleh seorang lelaki yang masuk ke rumah teres dua tingkat didiami mangsa di Taman Seruling Emas di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superinten­dan Lee Chong Chern berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat wanita itu jam 7.20 malam sebelum ke lokasi untuk siasatan lanjut.

“Berdasarka­n maklumat awal, kejadian itu disedari seorang wanita berusia 41 tahun yang ke rumah mangsa kerana mempunyai janji temu dengan mangsa kira-kira jam 3 petang sebelum dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali menunggang motosikal keluar dari rumah mangsa.

“Wanita itu mula berasa curiga dan menghubung­i kakak mangsa sebelum menghubung­i kenalannya untuk membuat pemeriksaa­n di kediaman adiknya.

“Kenalan kakaknya yang ke rumah mangsa mendapati pintu rumah sedikit terbuka lalu menghubung­i polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, polis yang ke kediaman itu mendapati keadaan rumah terbabit berselerak dan ditemukan mangsa terbaring di bawah katil di bilik di tingkat bawah rumah berkenaan.

Katanya, saksi iaitu jiran sebelah rumah mangsa juga mendakwa nampak seorang lelaki keluar dari kediaman itu dengan menunggang sebuah motosikal jenis SYM.

“Berpanduka­n kepada maklumat itu, polis mengesan seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai suspek kes itu yang bersembuny­i di Changkat Sungai Jawi tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

Katanya, mayat wanita itu akan dibedah siasat selepas keputusan saringan Covid-19 diperoleh.

Saksi dakwa nampak seorang lelaki keluar dari kediaman mangsa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia