Harian Metro

Ajal rebah depan restoran

-

Sungai Petani: Seorang lelaki dilihat rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia di hadapan sebuah restoran di Taman Keladi di sini, semalam.

Kejadian itu berlaku jam 7.15 pagi selepas seorang pelanggan restoran melihat mangsa rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dia memberitah­u pemilik premis itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, melihat kejadian itu pemilik restoran berkenaan menghubung­i pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatka­n bantuan.

Menurutnya, kakitangan HSAH yang tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaa­n sebelum mengesahka­n lelaki berusia 57 tahun itu sudah meninggal dunia.

“Hasil keterangan pemilik restoran, dia mendakwa lelaki terbabit adalah pelanggann­ya dan akan datang setiap jam 7 pagi untuk membeli makanan sebelum ke tempat kerja.

“Siasatan polis mendapati lelaki berkenaan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Kulim, Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, isteri lelaki terbabit memberitah­u kali terakhir dia bertemu suaminya sebelum mangsa keluar ke tempat kerja jam 6.45 pagi semalam.

“Isterinya mendakwa lelaki itu sebelum ini ada mengadu dia tidak sedap badan namun tetap berkeras mahu pergi ke tempat kerja.

“Wanita berkenaan juga memberitah­u walaupun tidak sihat namun suaminya tidak pernah mendapatka­n rawatan di hospital dan memang menjadi rutin lelaki itu membeli sarapan di premis terbabit sebelum ke tempat kerjanya,” katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifik­asi sebagai mati mengejut.

 ??  ?? LELAKI yang juga juruteknik kilang berusia 57 tahun maut selepas rebah di hadapan sebuah restoran di Taman Keladi, Sungai Petani, semalam.
LELAKI yang juga juruteknik kilang berusia 57 tahun maut selepas rebah di hadapan sebuah restoran di Taman Keladi, Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia