Harian Metro

KERINGAT, DARAH INI DEMI IBU PERTIWI

Detik hitam 35 pegawai, anggota PPH diserang komunis di Kroh Betong, Perak

- Oleh Mohamad Fahd Rahmat am@hmetro.com.my

“Abah pernah berkata, orang dahulu berkorban nyawa untuk mendapatka­n kemerdekaa­n, generasi hari ini tak pernah rasa dan dia melihat 16 mayat rakan sepasukan bergelimpa­ngan depan mata ditembak pengganas komunis,” kata Mohd Azham Rais, 43.

Mohd Azham berkata, Allahyarha­m ayahnya, Rais Sukimi, 80, meninggal akibat sakit jantung pada 20 Mei lalu yang ketika hayatnya selalu berkongsi detik hitam apabila 35 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) diserang hendap komunis pada 17 Jun 1968 di Kroh Betong, Perak.

“Abah ketika itu dalam perjalanan untuk memberi bantuan sokongan selepas mendapat maklumat pengganas komunis ingin menyerang pangkalan polis hutan di sempadan Kroh. Abah dari Ulu Kinta hantar pasukan sokongan, dalam perjalanan ke sana sebaik tiba di satu selekoh, mereka kena serang hendap di situ.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan mengikut maklumat, pengganas komunis sebenarnya sudah lama menunggu di kawasan itu kerana pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan tempat makan dan membuang najis di sekitar bukit di situ.

“Mereka sudah berada di sana kira-kira seminggu dan pengganas komunis tahu polis akan lalu di situ,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Sri Lambak di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Cawangan Kluang, Jaafar Abu Bakar.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, ketika kejadian, pengganas komunis menjadikan tiga bukit di selekoh tajam berkenaan sebagai kubu menyebabka­n serangan balas menjadi sukar.

“Konvoi mereka disertai empat kenderaan iaitu Land Rover, Trak Unimog dan dua trak tiga tan. Abah kata, sampai di lokasi berkenaan tak semena-mena konvoi mereka dihujani peluru musuh.

“Abah dan rakan lain melompat turun dan mencari tempat berlindung sebelum menyerang balas hinggalah mereka satu persatu gugur selepas dihujani peluru.

“Ada seorang sahabat yang berada bersebelah­an abah terkena peluru di kepalanya dan sebelum meninggal dia sempat berkata, ‘Allah ambo terkeno’ sebelum rebah.

“Ketika keadaan sudah sepi, pengganas ingin menyalakan petrol yang bocor dari trak polis, tetapi tidak sempat kerana mereka bergegas melarikan diri,” katanya.

Mohd Azham berkata, atas jasa dan pengorbana­n, pangkat terakhir ayahnya adalah ketua inspektor dan pegawai penyiasat di Balai Polis Sentral Johor Bahru serta pernah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara daripada Menteri Besar Johor Datuk Osman

Sapian pada 29 Julai 2018 selain Pingat Jasa Kebaktian Negeri Pahang pada 24 Oktober 1982.

Katanya, arwah ayahnya juga adalah individu yang berjaya menemui bekas Menteri Luar Negeri, Allahyarha­m Tun Mohd Ghazali Shafie dalam hutan di Kampung Janda Baik, Pahang, selepas pesawat Cessna 206 yang dipandunya terhempas dan mengorbank­an pengawal peribadi serta pembantu juruterban­gnya pada 10 Januari 1982.

“Arwah ayah amat berharap kisah serangan pengganas komunis ini dijadikan iktibar kepada generasi hari ini dan masa depan supaya bersama-sama bersatu menjaga keamanan negara,” katanya.

Allahyarha­m Rais meninggalk­an balu, Fatimah Ibrahim, 70, yang kini uzur kerana penyakit buah pinggang, jantung, kencing manis dan darah tinggi selain lima anak serta 10 cucu.

Dalam pada itu, Jaafar berkata, pihaknya menyampaik­an bantuan khairat kematian kepada Fatimah manakala sumbangan bakul makanan pula daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Ayah amat berharap kisah serangan komunis ini dijadikan iktibar

Mohd Azham

 ??  ?? RAIS antara perajurit negara yang memerangi pengganas komunis.
GAMBAR bertarikh 27 Jun 1968 menunjukka­n Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein melawat Rais di Rumah Sakit Umum di Ipoh, Perak.
MOHD Azham (kiri) bersama ibunya, Fatimah serta Jaafar melihat gambar kenangan arwah Rais.
ALLAHYARHA­M Rais dikurniaka­n Pingat Jasa Kebaktian Negeri Pahang pada 24 Oktober 1982.
GAMBAR kenangan Allahyarha­m Rais (duduk dua dari kanan) bersama rakan setugas ketika dalam Pasukan Polis Unit Kawalan Kawasan, Manchis, Karak, Pahang.
RAIS antara perajurit negara yang memerangi pengganas komunis. GAMBAR bertarikh 27 Jun 1968 menunjukka­n Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein melawat Rais di Rumah Sakit Umum di Ipoh, Perak. MOHD Azham (kiri) bersama ibunya, Fatimah serta Jaafar melihat gambar kenangan arwah Rais. ALLAHYARHA­M Rais dikurniaka­n Pingat Jasa Kebaktian Negeri Pahang pada 24 Oktober 1982. GAMBAR kenangan Allahyarha­m Rais (duduk dua dari kanan) bersama rakan setugas ketika dalam Pasukan Polis Unit Kawalan Kawasan, Manchis, Karak, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia