Harian Metro

Pendekar turun ke Putrajaya

Guru silat gayung, anak murid peraga pakaian tradisiona­l zahirkan rasa cinta kepada negara

-

Bila saya pakai, ramai tegur dan majoriti menyokong apa yang saya dan anak murid lakukan”

Mohd Khairul

Ketika menyusuri bendera Malaysia yang berkibar megah di sepanjang Jambatan Seri Gemilang di Putrajaya, dua ahli silat berbaju melayu lengkap bersampin dan bertanjak umpama pendekar zaman dahulu, menarik tumpuan mata yang memandang.

Ada yang menyapa dengan laungan ‘terbaik bang’, ada yang memberi tanda thumbs up dan ada yang membunyika­n hon kepada Mohd Khairul Kamaruzama­n, yang merupakan guru silat dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan anak muridnya Izwan Khuzzairie Azhar Ahmad.

Bagi Mohd Khairul, 36, dan Izwan Khuzzairie, 23, memperagak­an pakaian tradisiona­l umpama persalinan pejuang zaman dahulu itu cara mereka untuk menzahirka­n rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Mohd Khairul berkata, apabila mengenakan pakaian tersebut di tempat awam, ia meniupkan semangat patriotism­e dalam diri selain menjadi hasratnya untuk mengingatk­an orang

tentang bagaimana pejuang terdahulu berpakaian ketika berusaha menetang penjajahan.

“Kita perlu tunjukkan identiti pahlawan dahulu, zaman sekarang ramai tidak faham.

Sepatutnya masing-masing buang rasa malu dan segan… apa salahnya sempena Hari Kebangsaan ini kita memakai pakaian tradisiona­l lengkap,” katanya.

Selain Jambatan Seri Geramai milang, Mohd Khairul dan Izwan Khuzzairie turut menyusuri kawasan umum dengan berpakaian baju Melayu lengkap bertanjak dan bersampin itu di kawasan Tasik Putrajaya dan taman permainan di Presint 18 di sini.

“Bila saya pakai, ramai tegur dan majoriti menyokong apa yang saya dan anak murid lakukan…ada yang bunyikan hon dan memberi salam,” kata Mohd Khairul.

Bapa kepada tiga orang anak yang berasal dari Kelantan itu berkata, rakyat Malaysia perlu sentiasa mengingati pengorbana­n pejuang terdahulu kerana tanpa mereka keamanan yang dikecapi ketika ini tidak akan dapat dinikmati.

“Meskipun negara dilanda pandemik Covid-19, kita boleh menyambut sambutan Hari Kemerdekaa­n dengan pelbagai cara dan apa yang penting mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan” katanya.

Sementara itu, Izwan Khuzzairie berkata, golongan muda perlu menggunaka­n medium media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok, untuk memeriahka­n lagi sambutan Hari Kebangsaaa­n ke-64.

“Muat naik gambar dengan Jalur Gemilang dan letakkan tanda pagar atau hashtag tertentu yang membolehka­n orang luar tahu kita dalam bulan kemerdekaa­n. Kita patut bangga negara merdeka dan hidup aman damai, meskipun berbilang kaum,” kata pelajar tahun tiga Universiti Teknikal Malaysia itu.

 ??  ?? MOHD Khairul (kiri) dan Izwan berbaju Melayu lengkap bersampin dan bertanjak menyusuri Jalur Gemilang di Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya, semalam.
MOHD Khairul (kiri) dan Izwan berbaju Melayu lengkap bersampin dan bertanjak menyusuri Jalur Gemilang di Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia