Harian Metro

Saksi 3 rakan mati ditembak komunis

Tragedi beri kesan kepada veteran PPH, Abdul Rahaman betapa peritnya perjuangan untuk capai kemerdekaa­n

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Walaupun usia menjangkau hampir satu abad namun peristiwa tiga rakan seperjuang­annya ditembak mati komunis dalam pertempura­n ketika mengawal sempadan negara masih diingati hingga sekarang.

Koperal (B) Abdul Rahaman Bakar, 97, yang berkhidmat sebagai anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) dari 1948 hingga 1956 sebelum negara mencapai kemerdekaa­n beberapa kali bertempur dalam serangan hendap komunis.

Menurutnya, biarpun hanya lapan tahun sahaja menyertai pasukan polis, tetapi ia banyak memberi erti kepadanya sebagai pasukan keselamata­n yang terbentuk pada era darurat bagi mempertaha­nkan sempadan negara.

“Ketika mula-mula saya bekerja ada dua kompeni (pasukan PPH) dan kerja kami memang masuk ke hutan untuk mencari komunis.

“Dalam satu kejadian sekitar pada 1951 ketika masuk ke hutan di sekitar Kulim, Kedah, pasukan kami terserempa­k dengan kumpulan komunis dan berlaku pertempura­n yang mana mereka menembak mati tiga rakan saya hingga ada yang sampai terburai isi perut.

“Kejadian itu memberi kesan kepada saya kerana rakan-rakan saya mati di depan mata hingga sampai sekarang saya benci pada komunis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Alamanda di sini, kelmarin.

Menurutnya, menjadi pejuang kemerdekaa­n pada zaman itu sangat mencabar apatah lagi bagi mereka yang baru sahaja bertugas sebagai anggota polis.

Bagaimanap­un, katanya, dia meletakkan seluruh jiwa dalam usaha untuk melindungi penduduk dengan menentang ancaman komunis dengan harapan untuk memerdekak­an tanah air yang tercinta.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia berharap generasi kini dapat menghayati perjuangan pasukan keselamata­n terdahulu di atas nikmat kesenangan yang dirasai pada hari ini.

“Hidup pada era darurat bukan seperti hari ini yang jauh lebih senang dan dapat makan apa sahaja yang diingini.

“Zaman dahulu semuanya susah, ubi kayu menjadi makanan ruji setiap hari. Jadi hargailah kemerdekaa­n yang kita capai atas perjuangan orang terdahulu,” katanya.

Jasa dan khidmat bakti Abdul Rahaman sebagai pejuang kemerdekaa­n turut mendapat perhatian apabila dia menerima surat penghargaa­n daripada kerajaan dan Kementeria­n

Dalam

Negeri (KDN).

Abdul Rahaman berkata, nilai kemerdekaa­n orang terdahulu dengan sekarang jauh berbeza seiring dengan peredaran zaman dan teknologi.

“Orang dahulu dia tahu peritnya nak merdeka sebab perlu lalui era menentang penjajah sebelum bebas. “Pada hari ini pula, mereka sudah tidak perlu risau lagi kerana lahir sahaja sudah berada dalam negara yang selamat dan bebas hendak ke mana-mana sahaja namun harus diingatkan bahawa kita tidak boleh lupa dan leka tambahan pula dalam keadaan semasa yang mencabar ini,” katanya.

Zaman dahulu semuanya susah, ubi kayu menjadi makanan ruji setiap hari. Jadi hargailah kemerdekaa­n yang kita capai atas perjuangan orang terdahulu”

Abdul Rahaman

 ??  ?? ABDUL Rahaman menunjukka­n kad perakuan lantikan serta gambar lamanya ketika berkhidmat sebagai anggota polis hutan yang masih disimpan di rumahnya di Taman Alamanda,
Kepala Batas. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD
ABDUL Rahaman menunjukka­n kad perakuan lantikan serta gambar lamanya ketika berkhidmat sebagai anggota polis hutan yang masih disimpan di rumahnya di Taman Alamanda, Kepala Batas. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia