Harian Metro

Cabaran urus jenazah, mengajar

-

Kuala Lumpur: Menggalas dua tanggungja­wab penting sebagai pensyarah perubatan dan pegawai forensik patologi, perjuangan Dr Nadiawati Abdul Razak, 37, sebagai petugas hadapan semestinya sangat menyentuh hati.

Sejak Covid-19 melanda, hampir keseluruha­n kehidupann­ya tertumpu menguruska­n jenazah mangsa virus itu.

Pada masa sama, beliau perlu terus berbakti sebagai pendidik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Keletihan perlu ditolak tepi kerana hospital sentiasa menuntut khidmatnya tidak kira masa. Lebih penting, dia perlu membahagik­an masa dengan sebaiknya untuk melaksanak­an kedua-dua kerjaya.

“Saya sudah 11 tahun bergelar pegawai perubatan dan enam tahun menjadi pensyarah perubatan. Namun, sejak pandemik melanda, semestinya khidmat saya diperlukan dengan masa berganda di hospital.

“Secara asasnya, kami di bahagian forensik menjadi ‘transit’ terakhir jenazah sebelum dikebumika­n. Bayangkan betapa sedihnya menjadi saksi terakhir pemergian setiap mangsa yang terkorban,” katanya selepas menjadi pemenang kempen 30 Hari 30 Frontliner­s dianjurkan oleh Hot FM, Fly FM, Harian Metro dan Central Sugars Refinery (CSR).

Berkongsi pengalaman paling menyayat hati, Nadiawati mengakui menerima mayat wanita hamil paling meninggalk­an kesan dalam hatinya.

Apalagi, dia sendiri seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata.

“Hiba dan luluh hati saya setiap kali mengendali­kan mayat wanita hamil. Sebagai ibu dan wanita, saya tidak dapat bayangkan bagaimana perjuangan mereka menempuh hari-hari terakhir,” katanya. Nadiawati juga tidak menolak ada masanya beliau tewas dengan emosi dan mental terjejas dengan kepenatan dialami.

Bagaimanap­un, beliau bersyukur ada tempat meluah mengenai dugaan sebegitu.

“Memang tidak dinafikan, sebagai manusia biasa pun akan tetap berdepan situasi itu. Semestinya kami kena sentiasa akur apabila khidmat diperlukan sehingga 24 jam berada di hospital.

“Bagaimanap­un, bagi saya itu semua bergantung kepada kekuatan mental untuk kekal positif. Jika kepenatan, saya kena pandai curi masa untuk berehat secara berganti dengan staf lain dan kami saling memahami,” katanya.

Hiba dan luluh hati saya setiap kali mengendali­kan mayat wanita hamil

Dr Nadiawati

 ??  ?? DR Nadiawati terpilih pemenang hadiah 30 Hari 30 Frontliner­s.
DR Nadiawati terpilih pemenang hadiah 30 Hari 30 Frontliner­s.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia