Harian Metro

PGA ambil alih aset Aksem di Kelantan mulai 1 Oktober

-

Setakat ini anggota polis di dalam Aksem akan diserapkan ke dalam satu kompeni Batalion ke-8 PGA yang berpangkal­an di Pengkalan Chepa”

Hasan Basri

Kota Bharu: Semua aset termasuk kenderaan dan bangunan milik Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) di Kelantan bakal diambil alih Pasukan Gerakan Am (PGA) mulai 1 Oktober ini susulan pembubaran agensi itu oleh kerajaan, baru-baru ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, susulan itu 101 anggota polis yang berkhidmat di dalam agensi berkenaan di negeri ini juga akan diserapkan ke dalam PGA.

Beliau berkata, dengan pembubaran itu juga pejabat Aksem di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Bunga, Pengkalan Kubor serta Rantau Panjang akan diserahkan kepada PGA.

“Setakat ini anggota polis di dalam Aksem akan diserapkan ke dalam satu kompeni Batalion ke-8 PGA yang berpangkal­an di Pengkalan Chepa di sini.

“Kita berharap segala proses akan berjalan dengan sempurna bagi melancarka­n dan memperkasa penugasan anggota di sempadan

Malaysia-Thailand,” katanya ketika ditemui di Kem Batalion Ke-8 PGA Pengkalan Chepa, semalam.

Hasan Basri berkata, penugasan Aksem di tiga sekatan jalan raya (SJR) membabitka­n Lalang Pepuyu di Tanah Merah, Neting di Pengkalan Kubor serta Chabang Empat Salam di Rantau Panjang juga akan diambil alih oleh PGA.

Pada Jun lalu, kerajaan mengumumka­n Aksem yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan manakala tugas agensi itu diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dengan pembubaran itu PGA akan meneruskan semua fungsi Aksem di sempadan negara menggunaka­n peruntukan undang-undang sedia ada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia