Harian Metro

Ladang ayam diberi tempoh seminggu

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Pemilik ladang ternakan ayam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh yang menyebabka­n Sungai Air Salak tercemar diberi tempoh tujuh hari untuk membersih dan menambah baik sistem kumbahan mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, ladang itu juga diberhenti­kan operasi sementara waktu.

Menurutnya, pengusaha ladang itu juga bakal dikenakan kompaun mengikut Seksyen 29 Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternaka­n Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternaka­n Unggas (EKPPUABPU) 1996.

“Tinjauan mendapati pencemaran dipercayai berlaku apabila ayam yang mahu dijual dibersihka­n sebelum sisa seperti najis mengalir ke parit seterusnya masuk ke sungai.

“Berikutan itu Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Sembilan turut mengeluark­an notis mengikut Seksyen 7A Larangan Pencemaran Sungai, Akta Air 1920,” katanya ditemui selepas meninjau ladang ternakan ayam berkenaan, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri, Negeri Sembilan, S Veerapan; Pengarah Veterinar Negeri Sembilan, Dr Redzuan Ibrahim; Pengarah BKSA Normayasur­ia Abd Malek dan Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A Tambi. Sementara itu, Veerapan berkata, Jabatan

Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, sudah mengambil sampel air Sungai Air Salak dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Katanya laporan dijangka akan diperolehi dalam masa dua hingga empat minggu.

“Semakan juga mendapati pihak ladang turut didenda RM210,960 pada 16 Julai lalu ketika proses pemutihan dijalankan di negeri ini namun diberi lesen sementara untuk beroperasi,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pencemaran Sungai Air Salak yang didakwa penduduk Kampung Batang Rokan akibat sisa kumbahan dari ladang penternaka­n ayam.

Sampel air Sungai Air Salak dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

 ??  ?? PENCEMARAN dipercayai berlaku apabila ayam yang mahu dijual dibersihka­n sebelum sisa seperti najis mengalir ke parit seterusnya masuk ke Sungai Air Salak.
PENCEMARAN dipercayai berlaku apabila ayam yang mahu dijual dibersihka­n sebelum sisa seperti najis mengalir ke parit seterusnya masuk ke Sungai Air Salak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia