Harian Metro

Caprice, Nadir belum balas e-mel

-

Kuala Lumpur: Polis belum mengambil keterangan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzama­n berhubung laporan polis dibuat pendakwah terkenal Ebit Lew.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Ashari Abu Samah berkata, pihak polis menunggu maklum balas daripada individu terbabit untuk dirakam percakapan pada masa bersesuaia­n.

Menurutnya, kedua-dua individu itu perlu dirakam percakapan bagi melengkapk­an siasatan berhubung laporan polis dibuat Ebit Lew pada 21 Julai lalu.

“Pihak polis sudah menghantar e-mel kepada mereka namun setakat ini masih belum mendapat maklum balas. Kita masih menunggu jawapan daripada mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan

serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu sebelum ini kedua-duanya bersedia memberi kerjasama bagi dirakam keterangan selepas dihubungi polis.

Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini, Ebit Lew menafikan dakwaan Muhammad Nadir bahawa pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza sambil menyifatka­n dakwaan itu sebagai fitnah melampau.

Sementara itu, Caprice pula mencetuska­n kontrovers­i apabila mendedahka­n tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurk­an bantuan termasuk perkongsia­n yang dibuat melalui media sosial.

 ??  ?? NADIR
CAPRICE
NADIR CAPRICE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia