Harian Metro

Sudah boleh balik rumah

Fazli Zainal bersyukur sembuh selepas 29 hari terima rawatan Covid-19 di hospital

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Selepas 29 hari menerima rawatan di Hospital Ampang akibat positif Covid-19, penyanyi Fazli Zainal, 43, akhirnya pulih daripada virus itu dan dibenar balik ke rumah, kelmarin.

Fazli yang kini menetap di kediaman sahabatnya, Delly yang juga guru vokal berkata, dia sangat bersyukur sudah sembuh dan kini harus menjalani proses rawatan pemulihan sepenuhnya.

“Alhamdulil­lah, saya dah bebas daripada Covid-19 dan dapat pulang ke rumah. Kini, saya harus memberi tumpuan untuk rawatan pemulihan saja. Selama saya dirawat di hospital, berat badan turun 10 kilogram (kg) dari 78kg kini 68kg.

“Syukur alhamdulil­lah juga, walaupun paru-paru saya rosak 75 peratus dan perlu masa untuk baik semula, tapi Allah masih pinjamkan suara dan tak serak langsung sekarang. Namun, saya kena menjaga pemakanan dan kekal positif selalu,” katanya.

Menurut Fazli, dia juga bersyukur boleh tidur dengan baik tanpa perlu menggunaka­n bantuan pernafasan lagi namun pihak hospital ada membekalka­n oksigen lima liter untuk dibawa balik ke rumah.

“Bekalan oksigen itu untuk standby saja apabila kecemasan sekiranya saya mengalami masalah pernafasan di rumah. Namun, setakat ini saya dah boleh bernafas sendiri dengan baik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan kesihatan saya selama ini. Sekarang, apa yang saya mahu lakukan ialah menyusun semula aktiviti kerjaya seni,” katanya.

Terdahulu, Fazli dimasukkan ke Hospital Ampang pada 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat positif Covid-19 dan dia menjalani kuarantin kendiri di rumah selama seminggu.

Fazli juga belum berkesempa­tan mengambil suntikan vaksin Covid-19 dos pertama yang sepatutnya pada 23 Julai lalu apabila dia dijangkiti sebelum tarikh itu.

 ??  ?? VIDEO perkongsia­n yang dimuat naik Fazli Zainal dalam Instagramn­ya.
VIDEO perkongsia­n yang dimuat naik Fazli Zainal dalam Instagramn­ya.
 ??  ?? KEADAAN Fazli Zainal ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Ampang sejak 31 Julai lalu.
KEADAAN Fazli Zainal ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Ampang sejak 31 Julai lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia