Harian Metro

Zul Ariffin luah hasrat nak mati sebagai suami orang

-

Kuala Lumpur: Pelakon Zul Ariffin, 35, akhirnya meluahkan hasrat hati apabila dia bergelar suami suatu hari nanti kepada pengikut di Instagram, baru-baru ini.

Ia didedahkan oleh Zul sebagai menjawab pertanyaan daripada peminatnya berkaitan hasrat pelakon filem J Revolusi itu apabila dia berkahwin suatu hari nanti.

“Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. “Itu yang hendak dibuat sebelum saya mati,” katanya dilihat bersikap terbuka untuk berkongsi dengan peminat mengenai hasrat utama berkenaan.

Zul berkata, sebagai suami dan ketua keluarga adalah menjadi tanggungja­wab serta keinginan pentingnya untuk imamkan solat berjemaah dengan isteri.

“Sebelum saya mati, saya nak mati sebagai suami orang. Itu sahaja,” katanya lagi.

Menerusi perkongsia­n dibuat Zul itu, ia mendapat maklum balas sangat positif daripada warganet yang melahirkan pelbagai pandangan.

Bahkan, mereka turut mengakui apa yang diluahkan oleh Zul adalah impian setiap wanita.

Terdahulu pelakon yang tampil dengan drama Love Elsa ini sering ditanya soalan bila akan mendirikan rumahtangg­a dan dia mengakui belum menemui wanita tepat untuk menjadi suri hidupnya.

Dia turut mengakui seronok menjalani kehidupan tanpa sebarang komitmen cinta buat masa ini.

Menurut Zul lagi, terdapat ramai juga selebriti lelaki yang lebih berusia daripadany­a belum mendirikan rumah tangga, sekali gus membuatkan dia enggan terburu-buru.

“Kalau ada jodoh pasti tak ke mana. Saya okey saja walaupun belum berkahwin di usia sekarang ini.

“Jika dilihat ramai lagi selebriti lelaki terkenal yang belum berkahwin. Saya bukan satu-satunya yang masih bujang dan belum menemui jodoh.

“Jujur saya tak tertekan dengan perkara ini (jodoh), sebaliknya menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan positif. Masa yang tepat akan tiba. Tunggu sajalah,” katanya.

Jujur saya tak tertekan dengan perkara ini (jodoh), sebaliknya menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan positif. Masa yang tepat akan tiba. Tunggu sajalah”

Zul Ariffin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia