Harian Metro

FOKUS MISI BANGUN EKONOMI MANDIRI

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kerajaan perlu memfokuska­n kepada pembanguna­n ekonomi yang mandiri bagi membolehka­n rakyat lebih bebas dan ‘berdiri atas kaki sendiri’ tanpa memerlukan bantuan secara berpanjang­an.

Pakar Kewangan Islam dan Fintech, Muhamad Fahmi Mustafa berkata, bantuan memang sudah banyak disalurkan sama ada dalam bentuk langsung mahupun secara tak langsung.

Namun, katanya, kebanyakan bantuan adalah dalam bentuk jangka masa pendek dan memandangk­an sekarang negara sudah dalam fasa pemulihan, semua pihak perlu melihat bagaimana untuk menghidupk­an semula ekonomi.

“Sepanjang pandemik, ramai kehilangan pekerjaan dan kebanyakan mereka sudah memulakan perniagaan untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

“Justeru, sudah tiba masa kerajaan terutama selepas pembentuka­n barisan Jemaah Menteri baharu, memfokuska­n pembanguna­n ekonomi mandiri yang mana tumpuan bantuan diberi kepada peniaga persendiri­an, usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Bantuan yang diberikan juga hendaklah dipantau dengan lebih berstruktu­r dan strategik kerana bantuan tidak hanya boleh datang dalam bentuk hard-cash, tetapi bimbingan dan pemantauan.

“Kita juga boleh mengambil contoh agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di mana pemantauan yang sangat ketat dilakukan sehingga usahawan itu berjaya.

“Ini dapat mengurangk­an lengkung pembelajar­an dan mempercepa­tkan keberuntun­gan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, sememangny­a pergerakan ekonomi sekarang banyak berlangsun­g menggunaka­n platform sembang (chat) seperti WhatsApp dan sebagainya, tetapi golongan peniaga persendiri­an dan mikro, terutama golongan B40 masih tiada akaun bank perniagaan kebanyakan masih menggunaka­n transaksi tunai dan mentaliti ini perlu diubah.

Menurutnya, justeru lebih banyak inisiatif perlu diberikan untuk peniaga mikro ini bagi menyertaka­n mereka dalam ekosistem pembayaran digital seperti e-dompet.

“Selain itu, kolaborasi dengan syarikat e-dagang gergasi bagi memfokuska­n industri tempatan perlu diperhebat­kan lagi kerana kebanyakan aplikasi e-dagang mengunakan konsep terbuka, di mana ini lebih menguntung­kan perniagaan yang besar.

“Untuk memberi nafas baharu kepada ekonomi dengan lebih cepat, kementeria­n yang berkenaan perlu berkolabor­asi dengan pemain e-dagang supaya mereka memberi tumpuan kepada perniagaan tempatan yang mana jarak pembeli dengan penjual adalah sekitar komuniti berdekatan.

“Ini dapat menyelesai­kan banyak masalah terutama bahagian logistik dan inisiatif menarik untuk peniaga menyertai platform e-dagang ini perlu disediakan,” katanya.

Muhamad Fahmi yang juga Perunding Kanan, Perbankan dan Kewangan Islam di Silverlake Group berkata, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada ekonomi gig memfokuska­n kepada kepakaran masing-masing.

 ??  ?? LEBIH banyak inisiatif perlu diberi untuk peniaga mikro bagi menyertaka­n mereka dalam ekosistem pembayaran digital.
LEBIH banyak inisiatif perlu diberi untuk peniaga mikro bagi menyertaka­n mereka dalam ekosistem pembayaran digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia