Harian Metro

YES perkenal Pakej Merdeka RM1

-

Kuala Lumpur: YES menghangat­kan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan memperkena­lkan Pelan Pascabayar dan Prabayar YES Prihatin baharu untuk komuniti B40 dan Pakej Merdeka RM1 YES untuk semua rakyat Malaysia.

Pelan YES Prihatin B40 diperkenal­kan berikutan kejayaan pelancaran pelan YES Prihatin di bawah inisiatif Jaringan Prihatin pada Mei 2021.

Pengarah Urusan YTL Communicat­ions, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, sejak pelancaran jaringan Prihatin, pihaknya mendapat sambutan hebat menerusi Pelan Prabayar YES Prihatin dengan pendaftara­n lebih sejuta pelanggan yang kini menikmati pelan dan peranti baharu mereka.

“Kami bangga kerana Pelan Prabayar YES Prihatin dapat memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dalam tempoh pandemik ini.

“Sekarang, kami cukup gembira untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada mereka melalui tawaran terbaharu kami.

“Selain pelan YES Prihatin yang ditawarkan untuk golongan B40, kami juga ingin menyediaka­n sesuatu untuk semua rakyat Malaysia kerana kami percaya kita semua layak untuk menaik taraf hidup kita melalui kuasa data,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, YES turut menyediaka­n tawaran istimewa untuk rakyat Malaysia dengan Pakej Merdeka RM1 supaya semua dapat semarakkan semangat merdeka secara maya bersama orang tersayang.

Beliau berkata, dengan kerjasama Yayasan YTL, pihaknya akan menawarkan pelanjutan program Learn From Home bagi kanak-kanak dari golongan B40 supaya mereka dapat meneruskan pembelajar­an di sebalik ketidakpas­tian disebabkan pandemik ini.

Pakej Merdeka RM1 Bagi Semua Rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka, YES menawarkan promosi khas bagi semua rakyat Malaysia melalui Pakej Merdeka RM1.

Dengan pelan baharu ini, pelanggan boleh mendapatka­n telefon pintar Samsung Galaxy A02 dengan pembayaran RM1 sekali sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan bagi pelan ini, boleh melayari www.yes.my atau hubungi 018-3333303.

Kami cukup gembira untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada mereka melalui tawaran terbaharu kami Yeoh Seok Hong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia