Harian Metro

Mangga hasil setahun R&D

Saka Lock guna pakai mekanisme double locking

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Stopanik Sdn Bhd optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 12,000 unit menerusi produk terbaharu keluaran syarikatny­a, Saka Lock menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ahmad Shahid Aminuddin berkata, Saka Lock adalah mangga (padlock) yang dihasilkan melalui kajian dan pembanguna­n (R&D) teliti termasuk mengguna pakai mekanisme double locking.

Katanya, berlainan dengan mangga lain di pasaran, Saka Lock unik kerana antipotong, hakisan asid, gerudi, umpil, bakar, ketukan, karat dan antipecah serta didatangka­n dengan jaminan 12 bulan.

“Saka Lock melalui R&D selama setahun dan walaupun baru di pasaran, mangga ini mendapat sambutan daripada pengguna yang menitikber­atkan ciri keselamata­n terbaik untuk aset mereka.

“Saka Lock juga produk premium berkualiti gred SUS304 yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia dan dihasilkan dengan cangkuk panjang (109 milimeter) yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

“Kunci mangga ini juga tidak boleh dibuat pendua dan sudah menjalani uji kaji untuk membuktika­n ketahanann­ya,” katanya kepada Bisnes Metro.

Ahmad Shahid berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyasarka­n untuk menjual kira-kira 1,000 unit Saka Lock sebulan serta menawarkan harga promosi hanya RM120 bagi set Saka

Lock berbanding harga asal RM280.

Menurutnya, harga promosi itu sah sehingga 4 September ini dan lebih menarik Stopanik menawarkan pembelian secara ansuran tiga bulan tanpa faedah serendah RM53 sebulan yang boleh didapati melalui sakalock.stopanik.com.

“Kami tawarkan bayaran ansuran tanpa faedah supaya lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki Saka Lock ini dan beralih menggunaka­n mangga yang berkualiti dari segi keselamata­n.

“Selain itu, kami mahu buktikan usahawan tempatan juga mampu menghasilk­an produk berkualiti tinggi setanding jenama antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, syarikat turut merancang meneroka pasaran luar negara dalam tempoh tiga tahun lagi dengan membawa masuk set produk segmen keselamata­n kenderaan di bawah jenama Stopanik.

 ??  ?? AHMAD Shahid bersama produk terbaru keluaran syarikatny­a, Saka Lock.
AHMAD Shahid bersama produk terbaru keluaran syarikatny­a, Saka Lock.
 ??  ?? SAKA Lock sasar jualan 12,000 unit menjelang tahun depan.
SAKA Lock sasar jualan 12,000 unit menjelang tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia