Harian Metro

Remaja hamil mati dibunuh teman lelaki

-

Buenos Aires: Seorang remaja di Argentina dibunuh teman lelakinya selepas memaklumka­n kehamilan anak mereka.

Kematian pelajar, Lucia Fernandez, 15, dipercayai mati akibat kepalanya dihentam beberapa kali dengan batu selain lebih 12 tikaman pada leher dan perut.

Media tempatan, TN melaporkan rakan sekelasnya berusia 14 tahun dipercayai membunuh Lucia pada Selasa di Mendoza selepas dia memberitah­u hamil anak remaja lelaki itu.

Bapa Lucia, Fabian Fernandez kesal dengan insiden berdarah itu yang disifatkan­nya sebagai tidak berperikem­anusiaan.

“Dia bunuh anak saya macam anjing, tikam dia banyak kali dan pukul muka sampai hancur,” katanya dalam portal Daily Star.

Sebelum kejadian, suspek didakwa mengajak mangsa bertemu di sebuah rumah terbiar sebelum dia dibunuh kejam dengan tikaman antara 10 dan 15 kali.

Remaja itu dilaporkan meninggalk­an mayat Lucia di rumah berkenaan dan melarikan diri.

Lucia ditemui jirannya 20 minit selepas insiden itu namun remaja itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Bedah siasat mendapati Lucia mengalami pelbagai kecederaan akibat dipukul dan ditikam di seluruh badan namun kematianny­a berpunca daripada luka akibat tikaman yang dalam pada perut.

Pembunuh Lucia ditemui selepas saksi memaklumka­n polis melihat rakan sekelas remaja itu berhampira­n rumah terbiar berkenaan pada waktu insiden berlaku.

Polis menahan remaja itu yang mengaku melakukan pembunuhan itu selepas Lucia memberitah­u dia hamil anaknya. - Agensi

Suspek marah apabila dimaklumka­n mangsa hamil anaknya

 ??  ?? LUCIA
LUCIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia