Harian Metro

Ikatan cinta di puncak 6,462m

Pasangan pendaki langsung perkahwina­n di Gunung Illimani dengan suhu 10 darjah Celsius

-

Pasangan Bolivia, Amerika Selatan ini mencipta kelainan mengabadik­an hari bersejarah perkahwina­n mereka di puncak gunung.

Jhonny Pacheco dan Heydi Paco memutuskan mengadakan perkahwina­n unik itu di puncak Gunung Illimani pada ketinggian 6,462 meter dari paras laut.

Jhonny berkata, pada mulanya idea ekstrem itu kedengaran seperti gila namun mereka tekad merealisas­ikannya.

Katanya, idea berkenaan cetusan mereka dan ia tidak pelik kerana dia pernah melamar suri hatinya di puncak Gunung Huayna Potosi, pada ketinggian 6,088 meter.

“Semua gunung di Bolivia saya daki, Illimani mempunyai keajaiban.

“Ia ada sesuatu yang menarik di dalamnya dan menawan hati anda.

“Pengalaman ini selalu jadi sesuatu yang tidak dilupakan,” katanya kepada EFE.

Bagi Heydi, Gunung Illimani bukan saja menjadi ikatan dan lambang cinta mereka namun mencapai matlamat pertama mereka saat bergelar suami isteri.

“Bagi saya ia macam mimpi yang menjadi kenyataan. Kami akan ingat kenangan ini sampai bila-bila,” katanya.

Pasangan itu tiba di puncak gunung terbabit pada 7 Ogos ketika suhu 10 darjah Celsius selepas sehari awal melakukan perjalanan.

Mereka memilih pendaki berpengala­man sebagai pengapit yang bersama membuat perancanga­n rapi hari bersejarah mereka.

Beberapa ahli kumpulan ditugaskan membawa gaun, dekorasi dan makanan ke gunung dengan setiap seorang membawa muatan seberat 20 kilogram di dalam beg sandang.

Mereka menerima sijil perkahwina­n daripada seorang pendaki dan menerima tepukan gemuruh dari mereka yang menyaksika­n hari bersejarah di puncak itu.

Disebabkan angin sejuk yang kuat di puncak itu, mereka menyalin kembali pakaian mendaki dan turun ke kem di bawah kaki gunung untuk meraikan hari bersejarah mereka.

 ??  ?? JHONNY dan Heydi ketika berkahwin di puncak Gunung Illimani.
JHONNY dan Heydi ketika berkahwin di puncak Gunung Illimani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia