Harian Metro

RINDU MENYANYI MENEBAL

Misha bakal hibur penonton dari rumah dalam Program Amal COVAiD #BaikSemula anjuran MPA

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Hampir dua tahun pandemik Covid-19 menular di negara ini dan seluruh dunia, industri hiburan tempatan terutama bidang nyanyian terjejas agak teruk disebabkan tiada tawaran persembaha­n.

Malah, penganjura­n konsert di stadium atau secara terbuka tidak dibenarkan langsung bagi mengelak penonton berkumpul kecuali persembaha­n hiburan nyanyian dari rumah.

Bagi penyanyi terkenal, Misha Omar, 39, dia mengakui amat merindui suasana menyanyi yang dahulu. Katanya, diam tak diam sudah hampir dua tahun pergerakan dan urusan kerja insan seni berdepan kekangan akibat wabak ini.

“Perasaan rindu menyanyi dan nak hiburkan penonton sangat menebal di hati saya. Namun, penularan Covid-19 ini membuatkan kita semua sedia maklum bahawa duduk dan bekerja di rumah adalah lebih selamat.

“Apapun, saya teruja dipilih menjadi antara penyanyi yang akan menghiburk­an penonton dalam Program Amal COVAiD #BaikSemula anjuran Media Prima Audio (MPA) pada 4 September ini secara virtual,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta ini, dia akan berusaha memberi persembaha­n nyanyian terbaik buat penonton meskipun segala urusan kerja rakaman perlu dibuatnya sendiri dari rumah.

Bagaimanap­un, Misha tidak menafikan cabaran besar bakal dihadapiny­a untuk menjayakan persembaha­n itu nanti kerana segala persiapan perlu disediakan sendiri termasuk keperluan instrumen.

“Saya akui agak sangat mencabar untuk diri sendiri apabila perlu membuat persembaha­n ini dari rumah. Ini kerana, selama bergelar penyanyi saya selalunya hanya membawa suara sebagai instrumen.

“Sekarang, cara kerja memang sudah lain kerana berlaku perubahan besar bila mana saya serta penyanyi lain perlu membuat persediaan sendiri untuk persembaha­n kami dan ini pegalaman baharu.

“Macam saya, memang terasa ia cabaran besar kerana kawasan rumah saya sangat berhampira­n jalan raya, sememangny­a gangguan utama apabila beraksi adalah bunyi kenderaan,” katanya.

Menurut Misha, sudah tentu proses rakaman lagu yang akan dibuatnya perlu diulang beberapa kali bagi memastikan tiada sebarang bunyi akan mengganggu persembaha­n berkenaan.

“Namun, biar apa saja cabaran dihadapi, saya tetap bersemanga­t dan berkobar-kobar mahu membuat persembaha­n ini terbaik buat penonton. Saya yakin mampu menghiburk­an mereka.

Harapan saya, semoga Program Amal COVAiD #BaikSemula ini mendapat sambutan baik penonton. Apatah lagi, ada ramai penyanyi yang terbabit dan pastinya lagu dinyanyika­n nanti sangat mesra pendengar.

Selain Misha, barisan penyanyi popular lain yang terbabit ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Hael Husaini dan Hazama and The Penglipurl­ara.

Tidak ketinggala­n juga, kemunculan Yonnyboii, Bunkface, SonaOne, Masdo, Ara Johari, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Ernie Zakri, Syamel, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Bagi memantapka­n lagi persembaha­n istimewa ini, ia turut disertai Zynakal, Tuju, Alif Satar & The Locos, Adrian, Adly, Erulxnaufa, Kael, Evie, Apex, Pasya Mentor, Sissy Iman dan Marsha Milan.

BANTUAN DANA ‘FRONTLINER’

Menyedari kesan besar dan mendalam dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia akibat pandemik ini, apapun tonggak utama dalam memastikan sistem kesihatan negara kembali pulih adalah kecekalan semangat petugas barisan hadapan.

Sejak tahun lalu, mereka sudah berjuang hingga kini tanpa mengenal penat lelah dengan beban tanggungja­wab yang berat. Justeru, pengorbana­n mereka perlu dibalas dengan bantuan sumbangan dihulurkan.

Misha berkata, dia sangat percaya Program Amal COVAiD #BaikSemula mampu menghasilk­an gelombang besar bagi mengumpul dana buat petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan dengan virus ini.

“Saya bersama rakan penyanyi yang lain bersemanga­t untuk menghulurk­an bantuan kami dengan memberi persembaha­n terbaik dan menghiburk­an buat orang ramai sambil mereka menderma.

“Saya percaya menerusi gabungan suara kami juga, Insya-Allah dapat menghasilk­an gelombang besar dalam mengumpul dana diperlukan misi khas dan istimewa ini.

“Jasa dan sumbangan dicurahkan ‘frontliner’ kita sangat besar, memandangk­an musuh yang masih dilawan pada ketika ini terlalu halus dan tak mampu dilihat dengan mata kasar. Bahkan, sudah ramai pada kalangan kita terkorban,” katanya.

Sehubungan itu, seramai 43 penyanyi popular tanah air akan membuat persembaha­n dalam Program Amal COVAiD #BaikSemula yang disiarkan secara langsung di akaun

YouTube Hot FM, Hot TV selama 24 jam bermula 12 tengah malam.

Untuk sumbangan, orang ramai boleh membuatnya secara perbankan dalam talian atau menerusi deposit ke Tabung Kemanusiaa­n

Media PrimaNSTP di nombor akaun (MAYBANK: 5141-0532-3170).

Namun, biar apa saja cabaran dihadapi, saya tetap bersemanga­t dan berkobarko­bar mahu membuat persembaha­n ini terbaik buat penonton

MISHA

 ??  ??
 ??  ?? CABARAN besar, Misha akui kini cara kerja penyanyi sudah berubah dan tidak hanya menyanyi saja.
CABARAN besar, Misha akui kini cara kerja penyanyi sudah berubah dan tidak hanya menyanyi saja.
 ??  ?? MISHA harap Program
Amal COVAiD #BaikSemula dapat sambutan daripada rakyat Malaysia.
MISHA harap Program Amal COVAiD #BaikSemula dapat sambutan daripada rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia