Harian Metro

ISTIQAMAH MENUJU HIDUP BAHARU

Oktovia ingin fokus dalam beribadah, mencari keredaan Allah

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Siapa sangka, sejak Aidilfitri lalu pelakon Oktovia Manrose mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

Mengakui sengaja merahsiaka­n penghijrah­an yang dibuat, kakak pelakon Aprena Manrose itu memilih untuk tidak berkongsi berita itu kepada umum sebelum ini.

“Saya segan dan tidak terlalu terbuka berkongsi soal penghijrah­an. Saya lakukannya kerana Allah SWT.

“Ya, benar saya sudah bertudung. Cukup komen ringkas ini selebihnya saya harap terus istiqamah dalam menuju perjalanan kehidupan baharu ini,” katanya.

Biarpun keputusan yang dibuat ini tidak mudah, lebih-lebih lagi bergelar pelakon, Oktovia bagaimanap­un, menjelaska­n segala tuntutan kerjaya seni sudah diselesaik­an sebelum tekad bertudung.

“Semua tugasan lakonan sudah diselesaik­an. Jadi, saya tiada ‘berhutang’ lakonan lagi. Kalau ada rezeki berlakon, saya terpaksa menangguhk­an keinginan ini. Saya percaya rezeki Allah itu luas.

“Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah. Saya mahu memberi tumpuan memperbetu­lkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari,” katanya.

Bagi pemilik nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman itu, dia bertekad mahu melayari kehidupan menjadi Oktovia baharu.

“Kalau ada rezeki lakonan selepas ini, saya akan mempertimb­ang watak bersesuaia­n dengan imej yang dibawa.

“Saya cuma mengharapk­an doa daripada semua semoga semuanya dipermudah­kan,” katanya.

Dalam pada itu, Oktovia memberitah­u kali terakhir

Saya cuma mengharapk­an doa daripada semua semoga semuanya dipermudah­kan OKTOVIA

dia terikat dengan komitmen kerja adalah menerusi drama Hari Kita Jatuh Cinta terbitan Zeel Production untuk siaran Awesome TV.

Malah, dia sempat mencabar diri membuktika­n bakat dalam bidang nyanyian selepas lapan tahun membabitka­n diri sebagai anak seni berkolabor­asi dengan kumpulan Bimasakti menerusi projek Biar Aku Simpan terbitan syarikat rakaman, Life Records.

 ??  ??
 ??  ?? OKTOVIA memohon doa orang ramai supaya dirinya terus istiqamah.
OKTOVIA memohon doa orang ramai supaya dirinya terus istiqamah.
 ??  ?? BERSAMA adiknya, Aprena Manrose dan keluarga.
BERSAMA adiknya, Aprena Manrose dan keluarga.
 ??  ?? OKTOVIA bersama anak tunggalnya.
OKTOVIA bersama anak tunggalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia