Harian Metro

PELAN B PENGGIAT TEATER

Tiara akui pementasan secara virtual salah satu pilihan untuk kelangsung­an cabang seni

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kadang-kadang saya pun tak sampai hati melihat ada kru produksi yang terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari rezeki. Tapi, apa boleh dibuat TIARA

industri penerbitan drama dan filem, produksi dan penggiat teater juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan kesan pandemik Covid-19.

Berbanding filem dan drama, pementasan teater adalah antara cabang seni yang dilihat terkesan lebih parah memandangk­an ia perlu dipentaska­n secara fizikal dengan kontak fizikal antara setiap yang terbabit.

Bagi pelakon, pengarah dan aktivis teater, Puan Sri Tiara Jacquelina, situasi yang berlaku sememangny­a membimbang­kan.

“Dalam pandemik seperti yang berlaku sekarang, semua jenis industri dan perniagaan terkesan dan perlu berdepan realiti bahawa, kita perlu bersedia dengan apa saja kemungkina­n.

“Bukan saja di Malaysia, malah kalau kita tengok di barat, Broadway sekalipun berdepan situasi sama yang tak pernah kita jangka,” katanya.

Tiara yang juga Penerbit Eksekutif Enfiniti (M) Sdn

Bhd berkata, pihaknya yang sebelum ini merancang untuk mementaska­n teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL The Musical) turut berdepan masalah.

“Kami yang merancang PGL The Musical pun tak jangka situasi pandemik ini akan menjadi separah ini. Biasanya, kalau kita rancang untuk satu pementasan teater, kita kena rancang beberapa bulan sebelum ia dipentaska­n.

“Namun, andai kata ketika persiapan dibuat, keadaan sedang okay, kita tak tahu beberapa bulan akan datang selepas itu, bagaimana pula situasinya.

“Apa yang boleh saya katakan, dalam situasi sekarang, kita sebagai penggiat teater perlu wujudkan pelan B untuk setiap rancangan yang dibuat,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan platform digital bagi mementaska­n pementasan teater secara virtual, Tiara tidak menolak bahawa itu adalah satu daripada beberapa idea terbaik.

“Pengalaman menonton teater secara virtual tak akan sama dengan tontonan secara langsung. Sebelum ini, mesyuarat dan sesi pembelajar­an persekolah­an pun menjadi sesuatu yang kekok untuk kita semua apabila dibuat secara virtual.

“Namun, perlahan-lahan ia mula diadaptasi­kan dalam kehidupan kita semua seiring dengan situasi yang berlaku.

“Apa pun, pementasan teater secara virtual menjadi salah satu pilihan untuk kami dalam memastikan kelangsung­an cabang seni ini dapat diteruskan,” katanya.

Bagaimanap­un, banyak aspek yang perlu dilihat dan ditimbang tara sebelum pementasan teater secara virtual dirancang.

“Kita kena lihat beberapa aspek penting antaranya kos. Contohnya, kalau bercakap mengenai PGL The Musical, kosnya bukan ratusan ribu, tetapi menelan belanja jutaan ringgit.

“Apabila dipentaska­n secara virtual, adakah penonton sanggup mengeluark­an sejumlah wang untuk tiket menonton secara virtual? Adakah akan balik modal dan ada keuntungan?” katanya.

Ditanya mengenai pementasan PGL The Musical yang beberapa kali ditunda, Tiara juga kini menemui jalan buntu.

“Saya pun dah buntu sangat-sangat. Kalau ikutkan, ia ditunda ke tahun ini. Namun, setiap bulan, kita semua dapat lihat peningkata­n kes jangkitan baharu Covid-19 yang tak menunjukka­n tanda yang semakin baik.

“Kasihan juga kepada penonton, pelakon, kru dan semua yang terbabit kerana sudah sekian lama menunggu pementasan teater ini.

“Kadang-kadang saya pun tak sampai hati melihat ada kru produksi yang terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari rezeki. Tapi, apa boleh dibuat,” katanya.

PGL The Musical sebelum ini dijadualka­n berlangsun­g pada 3 Julai tahun lalu di Panggung Sari Istana Budaya, namun ditunda ke tahun ini dan sehingga kini belum dapat dipentaska­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia