Harian Metro

SEMBOYAN PENIUP SEMANGAT

HCJ mahu lagu Suara Malaysia jadi dorongan kuat mengharung­i dugaan pandemik

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Cinta pada negara tidak perlu dipaksa. Ia seharusnya datang secara semula jadi dan dengan cara ini cinta itu akan sentiasa berkekalan

Meskipun dalam norma baharu dek pandemik yang masih menghantui, namun semangat menyambut hari bersejarah negara pada 31 Ogos yang diraikan esok, tetap membara di hati.

Tidak mahu ketinggala­n untuk menyemarak­kan semangat itu, kumpulan Here Comes July (HCJ) tampil melancarka­n lagu baharu berjudul Suara Malaysia. Melihat judulnya saja pun, sudah tahu bahawa lagu ini pasti berkisar patriotism­e.

HCJ yang dianggotai

Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) juga mengakui lagu Suara Malaysia besar maknanya untuk mereka.

Karya hasil ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, dan Aden King ini, sarat dengan mesej penting mengenai cinta terhadap Malaysia. Bahkan, HCJ mengakui alunannya bakal memberi semangat luar biasa kepada pendengar.

“Aspek paling utama yang kami minati adalah melodi dan liriknya. Melodi yang moden, namun tetap disuntik unsur tradisiona­l menunjukka­n kita sebagai sebuah negara, tidak perlu rasa bersalah untuk berkembang ke arah pemodenan atau dalam muzik sekalipun.

“Jangan lupa akan asal usul kita yang penuh kesenian, kesopanan dan kreativiti yang seharusnya ditonjolka­n di mata dunia. Pilihan perkataan liriknya pula bertujuan memberi semangat kenegaraan dan memastikan rasa cinta kepada negara tidak luntur,” kata HCJ.

HCJ percaya, nilai patriotism­e secara semula jadi sudah terhasil dalam diri setiap rakyat. Namun, dengan adanya kebebasan media sosial hari ini, kadangkala masyarakat terpengaru­h dengan anasir buruk. Malah lupa, Malaysia adalah segalanya untuk kita.

“Bagi kami, Malaysia adalah segalanya buat

HCJ. Kami faham, kadangkala Malaysia ada kekurangan­nya. Namun, kekurangan itu yang menjadi titik semangat perubahan untuk kita menjadikan negara lebih baik.

“Tanpa Malaysia, kita tak mampu bersuara. Tanpa Malaysia, kita tak dapat menikmati keselesaan hidup harmoni dalam masyarakat. Tanpa Malaysia, kita tak mampu berjaya. Ini maksud sebenar patriotism­e bagi HCJ dalam lagu Suara Malaysia,” katanya.

Kongsi HCJ, lagu itu bukan dihasilkan hanya kerana sambutan kemerdekaa­n sematamata. Sebaliknya, mereka berharap lagu berkenaan bakal mencipta impaknya sendiri, menjadi siulan dan semboyan peniup semangat rakyat Malaysia terus bersatu padu.

“Lagu ini kami tujukan buat semua rakyat Malaysia yang perlu dihayati, bukan saja pada hari kemerdekaa­n, tetapi jadikan lagu ini sebagai peringatan, mengenai semangat dan keindahan negara kita.

“Mesej utama yang kami ingin terapkan adalah satu peringatan. Cinta pada negara tidak perlu dipaksa. Ia seharusnya datang secara semula jadi dan dengan cara ini cinta itu akan sentiasa berkekalan,” katanya.

Selaku komposer penting Suara Malaysia, Mas Dewangga pula mengakui pada awalnya, proses menghasilk­an lagu patriotik sedikit mencabar. Ia disebabkan untuk mencipta melodi, perlu betulbetul mesra dan mudah menangkap halwa telinga.

“Tapi, selepas kami dapat melodi diinginkan, proses pembikinan lagu menjadi lebih mudah. Proses menulis liriknya juga tidak lama kerana kami cuba bayangkan situasi kegembiraa­n dan perpaduan rakyat Malaysia ketika merdeka dilaungkan buat pertama kali.

“Apa perasaan ketika itu dan pastinya rakyat Malaysia dari berbilang kaum bersatu dalam meraikan kemerdekaa­n bersama. Dari situ, banyak idea mengalir dalam kepala, sekali gus penulisan jadi lancar,” katanya.

Dalam pada itu,

Mas Dewangga juga tidak mahu ambil remeh mengenai nilai komersial lagu ini. Justeru, dia menghasilk­an susunan muzik seperti dibayangka­n mereka sejak awal yang mahukan melodi rancak dan menaikkan semangat pendengar.

“Kami mahukan sesuatu yang lebih segar dan terkini untuk memikat hati anak muda supaya lebih bersifat patriotik apabila mendengar lagu ini. Idea susunan asasnya ambil masa dalam dua jam saja. Selepas kami dapat hala tuju, terus dimasukkan beberapa melodi dan lirik,” katanya.

Dalam pada itu, HCJ juga berharap Suara Malaysia menjadi pembakar semangat untuk rakyat terus kuat mengharung­i dugaan pandemik sekarang. Mereka yakin dengan semangat kental, kita semua pasti dapat bertemu sinar terang.

“Kami faham, ramai yang menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Bahkan, satu dunia menghadapi dugaan ini. Namun, apa membezakan Malaysia dengan negara lain adalah semangat kebersamaa­n kita sebagai rakyat.

“Saling membantu bila ada yang memerlukan, berkongsi bila ada rezeki lebih. Kami yakin, dengan penerapan nilai ini dalam majoriti rakyat kita, tidak kira umur, kaum, agama, semua orang mampu mengharung­i dugaan ini dengan jayanya bersama,” katanya.

HCJ mula aktif sejak

2013 dan pernah membuat persembaha­n di Rantai

Art Festival, Naib Johan Music’s Friends from Far Away Places, Unity Festival Malaysia, Push to Play Vol. 28, Merdekaray­a Open Mic, LiveInIntu­n, Euphonious 2018, dan Cyber Fest.

Terdahulu, mereka juga tampil dengan lagu Juwita yang menjadi runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis sehingga meraih perhatian lebih ramai pencinta muzik tempatan. Awal tahun ini, HCJ muncul melancarka­n lagu berjudul Sembunyi.

HCJ

 ??  ?? BERHARAP rakyat Malaysia terus kental menghadapi dugaan melanda.
BERHARAP rakyat Malaysia terus kental menghadapi dugaan melanda.
 ??  ?? HERE Comes July semarakkan mesej patriotism­e menerusi lagu Suara Malaysia.
HERE Comes July semarakkan mesej patriotism­e menerusi lagu Suara Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia