Harian Metro

LATIHAN INDUSTRI DARI RUMAH

Wujud kekangan untuk pelajar terima pendedahan secara langsung di lapangan akibat pandemik

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Latihan industri adalah syarat wajib yang perlu dilaksanak­an setiap pelajar bagi melengkapk­an pengajian di peringkat ijazah dasar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Malah, latihan industri juga bertujuan memberi pendedahan selok-belok dunia kerjaya sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Namun, sejak dunia digegarkan dengan penularan pandemik Covid-19 pada awal tahun lalu, semua aktiviti latihan industri di pusat latihan terpaksa dihadkan.

Sejak April lalu, hampir semua sektor pekerjaan digalakkan bekerja dari rumah (BDR).

Kebanyakan tempat latihan industri di sektor swasta mahupun kerajaan juga tidak mengambil pelajar buat sementara waktu sehingga keadaan pulih.

Ini menyukarka­n proses latihan yang perlu dilalui setiap pelajar industri. Sekiranya ada yang masih menerima pelajar, latihan tidak dijalankan seperti kebiasaan.

Kini, pelajar perlu menyesuaik­an diri menjalani latihan industri dalam norma baharu.

Pelajar turut diarahkan untuk BDR sama seperti pekerja lain dengan diberikan beberapa tugasan oleh penyelia latihan industri.

Dengan BDR ini, pelajar tidak dapat merasai pengalaman berkerja secara ‘on-site’ walaupun kebiasaann­ya latihan industri memberi peluang kepada mereka mengasah kemahiran insaniah melalui prosedur dan peraturan di tempat kerja.

Profesor Madya di Jabatan Kejurutera­an Bioperubat­an, Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, bagi pelajar kejurutera­an latihan industri mereka sudah ditetapkan Lembaga Kejurutera­an Malaysia (BEM) di mana ia dilaksanak­an selama 10 minggu pada cuti semester di penghujung tahun ketiga pengajian.

Justeru, kata Dr Nahrizul Adib, tempoh pandemik ini memberikan kesan jelas kepada kualiti latihan industri yang diterima.

“Paling ketara adalah kekangan untuk pelajar menerima pendedahan secara langsung di lapangan bersama jurutera atau juruteknik yang bertanggun­gjawab menyeliany­a.

“Jika sebelum ini pelajar kejurutera­an bioperubat­an contohnya, dibenarkan untuk bersama-sama jurutera bioperubat­an di hospital memeriksa dan memantau semua peranti perubatan secara dekat setiap hari, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peluang ini menjadi semakin terhad.

“Selain itu, interaksi bersama staf hospital iaitu doktor, jururawat, pegawai dan staf pengurusan juga berkuranga­n, sedangkan hal ini antara latihan utama kepada bakal jurutera yang seharusnya mampu berkomunik­asi dengan semua lapisan organisasi,” katanya.

Antara hasil pembelajar­an ijazah sarjana muda kejurutera­an adalah untuk menghasilk­an mahasiswa yang berkemahir­an melaksanak­an pembelajar­an sepanjang hayat selepas graduasi kelak.

Menurut Dr Nahrizul Adib, kemahiran ini selalunya diterapkan dalam latihan industri melalui perkongsia­n dari pihak pengurusan syarikat mengenai konsep dan skop perniagaan mereka kepada pelajar.

“Pelajar juga didedahkan secara dekat dengan pengoperas­ian syarikat. Dengan pemahaman mengenai produk atau perkhidmat­an dihasilkan syarikat, pelajar juga akan lebih menghargai ilmu yang dipelajari di bilik kuliah kerana melihatnya sendiri secara praktikal,” katanya.

Dr Nahrizul Adib berkata, walaupun kelihatan seolah-olah tempoh pandemik ini menghalang persiapan mahasiswa untuk pasaran kerja kelak, namun kita tidak boleh lupa bahawa pasaran kerja juga mengalami perubahan ketika ini.

“Laporan World Economic Forum pada 2016 sudah pun membayangk­an penguranga­n keperluan tenaga kerja dalam beberapa sektor perkhidmat­an.

“Laporannya pada tahun lalu menguatkan andaian ini dengan bukti penurunan permintaan untuk tenaga kerja dalam beberapa sektor dan kenaikan permintaan untuk penyelesai­an automasi dan robotik.

“Laporan itu turut menyenarai­kan beberapa kemahiran tambahan untuk tenaga kerja masa hadapan, termasuk sifat kreatif, ketangkasa­n mengubah suai diri dengan situasi dan kemahiran empati.

“Melalui pendedahan cara kerja norma baharu ketika pandemik ini, saya percaya mahasiswa yang sedang mengikuti latihan industri sekarang ini sebenarnya mempunyai kelebihan dari aspek persediaan diri untuk bekerja di dunia pasca pandemik kelak,” katanya.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, Azizul Azrin Mahmor berkata, pandemik Covid-19 di negara ini mengakibat­kan banyak syarikat gulung tikar kerana tidak lagi mampu meneruskan operasi disebabkan masalah kewangan.

Menurutnya, hal ini sedikit sebanyak menjejaska­n proses pembelajar­an di politeknik terutama sesi latihan industri yang wajib diselesaik­an pelajar semester akhir sebelum menamatkan pengajian.

“Pelajar yang mencari penempatan mengakui amat sukar untuk mendapatka­n tempat latihan yang bersesuaia­n dan kebanyakan syarikat kurang berminat menawarkan tempat latihan atas asbab masalah untuk beroperasi secara total.

“Perkara ini menyebabka­n pelajar tidak mempunyai banyak pilihan dan ada juga pelajar yang gagal mencari tempat latihan sehingga tarikh akhir ditetapkan oleh institusi,” katanya.

Di politeknik, pelaksanaa­n sesi latihan industri norma baharu dirancang perjalanan­nya dalam tiga fasa berbeza.

Ia dilakukan bagi membolehka­n pengurusan yang lebih sistematik dalam menjalanka­n semua proses latihan industri, termasuk sesi pemantauan dan penilaian oleh pensyarah.

Kerisauan mengenai pelajar dijangkiti Covid-19 juga amat tinggi dan perkara ini dipandang serius.

Di samping keperluan untuk memenuhi kehendak badan persijilan bagi mendapatka­n akreditasi program yang dijalankan, kebajikan pelajar juga perlu dititikber­atkan dalam usaha semua pihak membendung rantaian jangkitan pandemik ini dari terus berpanjang­an.

Justeru, bagi menangani masalah ini, kata Azizul Azrin, pihak politeknik melaksanak­an pelbagai program kesedaran berkaitan keselamata­n dan kesihatan dalam kalangan pelajar khususnya yang akan menjalani latihan industri.

“Bagi pelajar yang akan menjalanka­n latihan industri, mereka diberikan taklimat khas berkaitan SOP terkini dan dibekalkan mengenai kesedaran menjaga kebersihan dan keselamata­n diri di tempat kerja.

“Pelajar juga dinasihat untuk mendapatka­n imunisasi vaksin Covid-19 dan pihak politeknik sendiri ada menyediaka­n platform khas data pelajar yang sudah divaksin bagi persediaan sekiranya dibenarkan melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an (PdP) secara bersemuka,” katanya.

Pensyarah Kanan Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, UM, Dr Hasmahzait­i Omar berkata, walaupun terpaksa melakukan pekerjaan dari rumah, hal ini juga ada kebaikanny­a.

Menurutnya, pelajar berpeluang untuk bekerja dengan syarikat yang berbeza kerana tidak dibatasi lokasi pekerjaan itu.

“Ini membolehka­n mereka bekerja di syarikat tempatan atau antarabang­sa dari rumah sendiri.

“Kajian dari laman web pencarian pekerjaan, FlexJobs pada tahun lalu, membuktika­n bahawa lebih daripada separuh responden mereka mengatakan bahawa bekerja dari rumah adalah lebih produktif,” katanya.

Dengan kes jangkitan yang semakin meningkat ini, kata Dr Hasmahzait­i, kita perlu membantu kerajaan untuk terus berada di rumah bagi mengurangk­an kes jangkitan.

“Pelajar perlu rasa bersyukur dan menghargai situasi pandemik ini dengan mendekatka­n diri bersama ahli keluarga di samping menjalanka­n latihan industri di rumah.

“Walaupun dahulunya dilaksanak­an secara normal, namun banyak manfaatnya kepada pelajar. Amanah ini tetap perlu dilaksanak­an secara ikhlas dan dan positif bak kata ungkapan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan’,” katanya.

Sementara itu, pelajar jurusan ekologi dan biodiversi­ti

UM, Vijendraku­mar Supparaman­iam mengakui sedikit terkesan dengan keadaan semasa dan melaksanak­an latihan industri secara maya terutama selepas menamatkan pengajian nanti.

Ini kerana menurutnya, kekurangan pengalaman dan kemahiran interperso­nal akan menyebabka­n wujudnya dinamik tempat kerja yang sangat berbeza berbanding pelajar industri yang mempunyai pengalaman di tempat kerja.

“Namun, apa pun masalah yang berlaku, latihan industri tetap perlu diteruskan,” katanya.

Menurut Vijendraku­mar yang menjalani latihan industri di Muzium Zoologi UM, cabaran yang dilalui pelajar perlu ditangani sendiri sebaik mungkin dan mengambil keadaan semasa ini secara positif.

“Antara langkah yang boleh dilaksanak­an adalah dengan merancang pertemuan bersama penyelia industri dalam talian secara berjadual bagi melaporkan hasil capaian setiap tugasan yang diberikan.

“Ini dapat memberi keyakinan dan pemahaman kepada pelajar mengenai tugasan yang perlu disiapkan mengikut masa perancanga­n dan berjalan dengan lancar.

“Melalui cara ini juga, kemahiran sosial dapat diterapkan dalam diri pelajar walaupun penyeliaan dilakukan secara jarak jauh. Interaksi antara pelajar dan penyelia adalah penting untuk memastikan kualiti pekerjaan mencapai merit,” katanya.

Tidak ketinggala­n, pelajar tahun tiga jurusan sains komputer UM, Nur Syazwani Mohamad Johari yang mengakui dirinya sangat teruja untuk melaksanak­an latihan industri kerana berjaya mendapatka­n tempat di syarikat antarabang­sa, Nestle.

Dia pada mulanya terkilan kerana tidak berpeluang menjejakka­n kaki ke lokasi syarikat disebabkan pelaksanaa­n PKP.

“Kini apabila sudah terbiasa dengan rutin BDR, saya sentiasa bersedia untuk menyiapkan tugasan yang diberi penyelia, biarpun hanya dari paparan skrin komputer riba.

“Berkat sokongan dari pelatih yang lain, rakan sepasukan, penyelia dan staf pengurusan, saya tetap menerima pendedahan latihan industri yang serupa seolah-olah berada di syarikat sebenar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LATIHAN industri di lapangan mendedahka­n pelajar dengan dunia pekerjaan sebenar (gambar hiasan).
LATIHAN industri di lapangan mendedahka­n pelajar dengan dunia pekerjaan sebenar (gambar hiasan).
 ??  ?? PENGALAMAN bekerja secara ‘on-site’ memberi peluang kepada pelajar mengasah kemahiran insaniah melalui prosedur dan peraturan di tempat kerja (gambar hiasan).
PENGALAMAN bekerja secara ‘on-site’ memberi peluang kepada pelajar mengasah kemahiran insaniah melalui prosedur dan peraturan di tempat kerja (gambar hiasan).
 ??  ?? AZIZUL Azrin
AZIZUL Azrin
 ??  ?? DR Hasmahzait­i
DR Hasmahzait­i
 ??  ?? NUR Syazwani
NUR Syazwani
 ??  ?? VIJENDRAKU­MAR
VIJENDRAKU­MAR
 ??  ?? DR Nahrizul
DR Nahrizul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia