Harian Metro

SELAMI DERITA MANGSA PERANG

Warga Upsi bersama kontinjen Malbatt 850-9 ATM laksana program Misi Kemanusiaa­n Lubnan

- Oleh Ihsan Noorzali rencana@hmetro.com.my

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) berjaya mengumpul barangan yang diperlukan daripada orang ramai untuk disumbangk­an kepada kontinjen Malbatt 850-9 ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sempena program Misi Kemanusiaa­n Lubnan FBK PRIHATIN 2021.

Sesi penyerahan dilakukan secara ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Dekan FBK, Profesor Madya Dr Mazura@Mastura Muhamad kepada wakil pihak Malbatt 850-9 ATM, Mejar Muhammad Aidil.

Ketika sesi penyerahan, Dr Mazura@Mastura berkata, program yang dijalankan itu walaupun dilaksanak­an dalam suasana pandemik, namun ia tetap mendapat sambutan luar biasa sama ada dari pihak warga Upsi mahupun orang awam.

“Program ini menggerakk­an semua ahli jawatankua­sa dalam kalangan pensyarah dan pelajar untuk membuat hebahan menggunaka­n media sosial secara meluas serta mendapat sambutan yang menggalakk­an dari semua pihak,” katanya.

Mejar Muhammad

Aidil yang menerima sumbangan bagi pihak Malbatt berkata, sumbangan yang dikumpulka­n FBK itu akan diserahkan kepada komuniti di kawasan selatan bandaran Lubnan yang meliputi orang awam, hospital, sekolah dan institusi yang berada di sana.

Beliau berkata, kehidupan penduduk setempat Lubnan terjejas kesan peperangan dan sangat memerlukan bantuan seperti pakaian musim sejuk, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, tuala wanita, permainan kanak-kanak, set alat tulis, kerusi roda, tongkat orang dewasa dan brosur kesihatan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

“Saya bagi pihak Malbatt 850-9 sangat berbesar hati dengan program kerjasama yang dijalankan seperti ini dan mengharapk­an program kerjasama seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FBK, Profesor Madya Dr Saipolbari­n

Ramli berkata, program seumpamany­a adalah julung kali dianjurkan secara bersama dengan pihak kontinjen Malbatt 850-9 ATM.

Menurut beliau, pelajar yang terbabit sebagai ahli jawatankua­sa (AJK) dalam program berkenaan menzahirka­n perasaan bersyukur dan gembira selain menyumbang tenaga terhadap satu program kemanusiaa­n dan prihatin kepada rakyat Lubnan yang memerlukan.

“Ini kerana, pelajar diberi peluang untuk mengendali­kan secara terus program yang mempunyai impak tinggi berkaitan aktiviti khidmat sosial seperti ini,” katanya.

Dr Saipolbari­n merakamkan ucapan terima kasih kepada Zamri Yusof dan Nordiana Ramli yang menawarkan inap desa kediaman mereka sebagai pusat pengumpula­n utama di Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim Perak selain alumni FBK, Dr Norfaizah Abdul Jobar yang menggerakk­an sumbangan.

“Pembabitan dan sokongan daripada semua pihak adalah faktor utama yang menjayakan program ini dan mengharapk­an melaluinya, ia dapat melahirkan pelajar yang holistik dalam persiapan menyediaka­n pengalaman serta pengetahua­n kepada mereka terhadap masyarakat luar sebelum tamat pengajian,” katanya.

 ?? FOTO | IHSAN UPSI ?? SESI penyerahan barangan bantuan sumbangan warga FBK dan masyarakat setempat kepada wakil kontinjen Malbatt 850-9 ATM di Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim, Perak.
FOTO | IHSAN UPSI SESI penyerahan barangan bantuan sumbangan warga FBK dan masyarakat setempat kepada wakil kontinjen Malbatt 850-9 ATM di Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim, Perak.
 ??  ?? ANGGOTA kontinjen Malbatt 850-9 ATM mengangkat barang sumbangan warga FBK Upsi dan orang ramai.
ANGGOTA kontinjen Malbatt 850-9 ATM mengangkat barang sumbangan warga FBK Upsi dan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia