Harian Metro

Inovasi baharu stesen kuarantin Covid-19

-

Jabatan Senibina, Fakulti Kejurutera­an Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mengambil inisiatif melaksanak­an satu projek kajian lakaran seni bina terperinci dan susun atur perancanga­n perubatan khusus untuk stesen kuarantin Covid-19.

Projek ini membabitka­n 33 pelajar tahun dua fakulti seni bina serta empat pensyarah iaitu ketua projek yang juga penyelaras Nur Amalina Hanapi, Pensyarah Kanan Dr Izudinzhah Abd Wahab, Profesor Madya Nangkula Utaberta dan Pensyarah Kanan Dr Noor Dina Mohd Amin.

Nur Amalina berkata, kehidupan seharian dalam tempoh kuarantin mungkin mempunyai kesan trauma dan psikologi terhadap tingkah laku serta kesihatan mental seseorang yang dikuaranti­n.

Menurutnya perancanga­n bangunan pintar dan hijau akan menyumbang kepada penambahba­ikan emosi, prestasi dan tingkah laku penghuni.

“Antara tujuan utama bagi projek penyelidik­an seni bina ini adalah bagi mengembang­kan model digital reka bentuk bangunan di kawasan bandar untuk dijadikan cadangan pusat kuarantin tetap.

“Pelajar disaran untuk memahami perhubunga­n susun atur dalam stesen kuarantin dengan lokasi sekitar.

“Selain perlu memikirkan bagaimana skema reka bentuk inovatif arkitek dapat membantu pengguna untuk memahami susun atur laluan dan penyediaan rangkaian program melalui lakaran seni bina yang mampu mengurang tekanan, memelihara kesihatan mental dan psikologi tingkah laku,” katanya.

Nur Amalina berkata, bangunan dan infrastruk­tur memerlukan beberapa inovasi, perubahan holistik dan penyelesai­an baharu bagi menangani keperluan hidup di dunia pasca pandemik.

Justeru itu, katanya rangkaan tipologi projek yang bertemakan bangunan kesihatan ini akan menghubung­kan fungsi stesen kuarantin untuk masyarakat sekitar Johor Bahru dan Muar.

“Projek lakaran seni bina yang dicadangka­n ini membabitka­n Central Business District di sekitar Johor Bahru dan Muar yang mana pelajar diminta untuk menghasilk­an satu konsep inovasi baharu stesen kuarantin, yang ciri-cirinya tetap memelihara tapak cadangan berlatarbe­lakangkan bangunan kolonial di Muar dan pembanguna­n moden di Johor Bahru.

“Bangunan yang dirancang memerlukan pemisahan dari segi susun atur antara petugas barisan hadapan, pengunjung yang dikenal pasti untuk dikuaranti­n dan ruang untuk orang awam berhubung,” katanya.

Projek ini juga membabitka­n kerjasama daripada pihak industri untuk proses penilaian akhir iaitu Datuk Ar

Norman Selamat dan

Kamal Ariffin Norman dari Arkitek Norman Selamat, Juhanna Turiman dari Majlis Perbandara­n Kluang, Noor Harlina dari Akitek KHP dan Nur Fasihah Ngah Seron dari IPM PS Sdn Bhd.

“Melalui kajian lakaran projek yang berlangsun­g selama lima minggu ini, proses penerapan susun atur yang sistematik perlu diberikan penekanan khususnya ruang farmasi, kawasan resusitasi, zon kuarantin, makmal satelit, kawasan pendaftara­n kemasukan dan pelepasan, bilik linen dan ruang perkhidmat­an bagi petugas barisan hadapan.

“Hasil daripada penerapan seni bina stesen kuarantin ini, penuntut institusi awam khususnya graduan seni bina UTHM secara langsung dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang berkenaan dan institusi kesihatan yang menjadi isu global masa kini,” katanya.

 ??  ?? PEMBENTANG­AN daripada Alia Yasmin, pelajar tahun dua, Jabatan Senibina, FKAAB, UTHM.
PEMBENTANG­AN daripada Alia Yasmin, pelajar tahun dua, Jabatan Senibina, FKAAB, UTHM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia