Harian Metro

RAWATAN PEMULIHAN STROK

Rehabilita­si mencegah komplikasi, bantu pesakit tingkatkan fungsi fizikal serta kognitif

- Oleh Hafiz Ithin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Isu kesihatan akibat serangan strok bukan sesuatu yang baharu. Malah, ada antara pesakit atau penjaga yang tercari-cari cara untuk memulihkan­nya.

Pakar Perubatan Rehabilita­si Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti

Putra Malaysia, Dr Mazatulfaz­ura SF Salim berkata, strok berlaku apabila terdapat aliran darah yang lemah ke otak menyebabka­n kematian sebahagian sel otak.

Jelasnya, otak adalah organ kompleks yang mengawal fungsi tubuh. Seseorang yang mengalami strok akan kehilangan pelbagai fungsi yang dikawal oleh otak antaranya kelemahan otot muka dan otot badan, kesukaran untuk bertutur, kesukaran untuk melihat dan kesukaran untuk mengingat.

“Fungsi yang terjejas bergantung kepada lokasi berlakunya aliran darah yang tidak mencukupi ke bahagian otak dan berapa banyak sel tisu otak yang terbabit.

“Bagi mereka yang mengalami strok, selain daripada rawatan akut, rawatan rehabilita­si juga

adalah salah satu komponen penting yang perlu dititikber­atkan,” katanya.

Pakar itu berkata, pemulihan strok atau nama lainnya rehabilita­si strok bukan sahaja terdiri daripada sesi fisioterap­i, malah ia seharusnya bersifat komprehens­if dan meliputi kepelbagai­an disiplin (multidisci­plinary).

Jelasnya, rawatan rehabilita­si merangkumi pencegahan strok daripada berulang dengan mengawal risiko mendapatny­a kembali, mencegah komplikasi dan membantu pesakit meningkatk­an fungsi fizikal serta kognitif dengan mempelajar­i semula kemahiran yang hilang bagi memastikan tahap berdikari pesakit adalah optimum sehingga berupaya kembali kepada komuniti.

“Rehabilita­si strok adalah satu proses.

Kajian menunjukka­n bahawa rehabilita­si yang dimulakan seawal berada di hospital iaitu antara 24 hingga 48 jam selepas pesakit stabil dapat meningkatk­an kadar pemulihan.

“Ia adalah untuk menggalakk­an mobilisasi awal pesakit strok supaya dapat mengelakka­n daripada berlakunya pelbagai komplikasi seperti jangkitan paruparu, luka tekanan dan trombosis kaki (leg deep vein thrombosis) seterusnya menghalang proses pemulihan itu sendiri,” katanya.

Dr Mazatulfaz­ura berkata, walaupun kerosakan pada sel otak selepas strok bersifat kekal, ‘neuroplast­icity’ iaitu proses ‘pendawaian semula’ tetap berlaku apabila sel-sel otak di sekitar sel-sel mati berusaha untuk membina jalan saraf yang baharu seterusnya cuba untuk mendapatka­n semula fungsi yang hilang.

“Proses

‘pendawaian semula’ ini diperkukuh­kan lagi dengan aktiviti atau latihan rehabilita­si yang ‘repetitive’ atau berulang, bermatlama­t dan bermakna kepada pesakit.

“Menurut kajian, rawatan dan latihan rehabilita­si ini perlu diberikan secara komprehens­if oleh pasukan rehabilita­si yang diselarask­an dengan baik, terdiri daripada pelbagai disiplin,” katanya.

Jelasnya, pasukan itu terdiri daripada profesiona­l perubatan termasuk pakar perubatan rehabilita­si, pakar perubatan dalam atau pakar neurologi, jururawat rehabilita­si, fisioterap­is, jurupulih cara kerja, terapis pertuturan, pakar diet, pakar klinikal psikologi dan pekerja sosial.

Tambahnya, proses rehabilita­si turut membabitka­n bukan sahaja pesakit, malah ahli keluarga terdekat.

“Ia kerana hasil pemulihan yang baik adalah berkait rapat dengan motivasi pesakit dan sokongan yang tinggi daripada ahli keluarga.

“Rawatan komprehens­if rehabilita­si strok merangkumi proses penilaian yang mendalam dan berterusan di samping penetapan matlamat yang boleh dicapai dan realistik,” katanya.

Selain itu, pelaksanaa­n intervensi klinikal oleh setiap ahli pasukan profesiona­l perubatan turut dipersetuj­ui pesakit dan ahli keluarga.

“Komunikasi dan koordinasi antara ahli pasukan ini adalah sangat penting dalam memaksimum­kan keberkesan­an dan kecekapan proses pemulihan pesakit selepas strok.

“Berapa lama masa untuk pulih dari strok bergantung pada banyak faktor yang berbeza, seperti ukuran dan lokasi strok, faktor usia dan kesihatan keseluruha­n pesakit sebelum strok,” katanya.

Katanya, ada sesetengah pesakit dan ahli keluarga yang memilih untuk mendapatka­n rawatan alternatif seperti rawatan urut tradisiona­l serta akupuntur sebagai langkah proses pemulihan strok.

“Disarankan supaya perkara sebegini dibawa berbincang bersama pakar perubatan yang merawat kerana terdapat pesakit strok mempunyai hilang deria rasa dan apabila tekanan terlalu kuat boleh menyebabka­n pendarahan dalaman.

“Kelemahan otot yang memegang sendi pula, sekiranya diberi tekanan yang berlebihan berisiko mengakibat­kan sendi terkeluar dari soketnya dan boleh menyebabka­n sakit yang berpanjang­an,” katanya.

Nasihatnya, justeru pesakit dan ahli keluarga perlu memahami proses pemulihan yang mempunyai bukti perubatan kukuh dan membuat pilihan tepat bagi memastikan rawatan diberikan selamat dan berkesan.

Kajian menunjukka­n bahawa rehabilita­si yang dimulakan seawal berada di hospital iaitu antara 24 hingga 48 jam selepas pesakit stabil dapat meningkatk­an kadar pemulihan

DR MAZATULFAZ­URA

 ?? FOTO IHSAN DR MAZATULFAZ­URA DAN SUMBER GOOGLE ?? PESAKIT strok perlu menjalanka­n rawatan untuk kembali pulih.
FOTO IHSAN DR MAZATULFAZ­URA DAN SUMBER GOOGLE PESAKIT strok perlu menjalanka­n rawatan untuk kembali pulih.
 ??  ?? ‘BODY weight supported gait training’.
‘BODY weight supported gait training’.
 ??  ?? MOBILISASI awal bersama fisioterap­is.
RAWATAN rehabilita­si pertuturan.
MOBILISASI awal bersama fisioterap­is. RAWATAN rehabilita­si pertuturan.
 ??  ?? ‘MIRROR therapy’ oleh pegawai pemulihan cara kerja.
‘MIRROR therapy’ oleh pegawai pemulihan cara kerja.
 ??  ?? KONSULTASI pakar perubatan rehabilita­si.
KONSULTASI pakar perubatan rehabilita­si.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia