Harian Metro

LENCANA KHAS LENGKAP VAKSIN

SAM menitikber­atkan keselamata­n galak lebih 100 kakitangan terima vaksinasi

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Bagi melindungi kakitangan dan pihak luar yang berurusan dengannya, Semiconduc­tor Assembler And Manufactur­er Sdn Bhd (SAM) memastikan semua pekerjanya menerima vaksin Covid-19, sekali gus membantu usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok.

Setakat ini, 97 peratus daripada keseluruha­n lebih 100 kakitangan­nya sudah menerima dos kedua vaksin dan mereka yang sudah melengkapk­an vaksin akan diberi lencana butang khas.

Jurutera kanan yang juga Ketua Keselamata­n SAM, Nazarudin Idris berkata, adalah penting bagi pihaknya menjaga keselamata­n pekerja mahupun pelanggan memandangk­an kilang elektronik itu adalah sebahagian daripada rantaian bekalan global.

Kata Nazarudin, sebahagian daripada produk yang dihasilkan turut digunakan dalam peralatan perubatan, justeru mereka tidak mampu untuk mengalami gangguan produksi.

“Pada masa sama, kami juga mempunyai tanggungja­wab sosial untuk melindungi semua pekerja.

“Justeru, kami sentiasa berhubung untuk memastikan mereka memahami bahayanya virus ini dan sentiasa berwaspada untuk keselamata­n diri sendiri, keluarga dan kawankawan,” katanya.

Menurut Nazarudin, bagi memastikan persekitar­an bekerja yang selamat, kilang terbabit melaksanak­an beberapa langkah keselamata­n dan pencegahan antaranya, pekerja akan diberi cuti bergaji untuk menggalakk­an mereka mendapatka­n vaksinasi.

Selain itu, kilang terbabit juga mewajibkan setiap pekerja melakukan ujian calitan dua kali sebulan.

“Setiap pekerja baharu pula wajib membuat RTK Antigen dan perlu lengkap vaksinasi sebelum boleh menjadi sebahagian daripada keluarga SAM.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh berkomprom­i kerana ia membabitka­n isu keselamata­n nyawa dan kesihatan pekerja serta orang ramai,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemakaian lencana butang itu, Nazarudin berkata, ia secara tidak langsung mengggamba­rkan keperitan yang dialami rakyat dalam memastikan negara dapat mencapai imuniti kelompok.

Katanya, ia juga menunjukka­n kilang elektronik itu menitikber­atkan keselamata­n pekerja seiringan dengan saranan kerajaan.

“Lencana butang itu akan menjadi salah satu etika pemakaian yang wajib di kilang ini.

“Kami bangga dapat mencapai peratusan vaksinasi lengkap sehingga mencapai hampir 100 peratus, ia secara tidak langsung menjadikan kilang satu persekitar­an selamat untuk bekerja,” katanya.

Sementara itu, Nazarudin berkata, Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama

Awam Swasta (Pikas) turut membantu sektor swasta dalam usaha mempercepa­tkan vaksinasi lengkap kepada semua pekerja.

“Kami tidak akan dapat mencapai peratusan vaksinasi lengkap pekerja yang tinggi tanpa bantuan Pikas dan berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu pihak swasta,” katanya.

 ??  ?? PEKERJA yang lengkap dua dos vaksin akan menerima lencana butang khas daripada SAM.
PEKERJA yang lengkap dua dos vaksin akan menerima lencana butang khas daripada SAM.
 ??  ?? PROGRAM Pikas bantu sektor swasta dalam usaha mempercepa­tkan vaksinasi lengkap kepada semua pekerja.
PROGRAM Pikas bantu sektor swasta dalam usaha mempercepa­tkan vaksinasi lengkap kepada semua pekerja.
 ??  ?? LENCANA butang menjadi salah satu etika pemakaian yang wajib di kilang berkenaan.
LENCANA butang menjadi salah satu etika pemakaian yang wajib di kilang berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia