Harian Metro

RAWATAN WAJAH SENDIRI LEBIH BAIK

MENJAGA dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan memiliki kulit wajah yang segar serta kelihatan muda sepanjang masa.

-

Bagi mendapatka­n kulit wajah yang sempurna, ramai wanita tidak raguragu mendapatka­n rawatan kecantikan di salun pada setiap minggu.

Andainya anda ingin menjimatka­n wang dan masa mengikuti sesi rawatan muka, mungkin tiba masanya anda memikirkan untuk melakukann­ya sendiri di rumah.

Ramai dikalangan wanita mengetahui khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian dalam membantu mendapatka­n wajah yang lebih berseri-seri. Sebenarnya apa yang ada di dapur dan di dalam peti sejuk anda itu boleh dijadikan bahan untuk mencantikk­an wajah

dan mengekalka­n kulit yang sihat.

Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.

Bagi mendapatka­n kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihk­an kulit.

Asam jawa juga banyak kegunaanny­a selain menyedapka­n masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Untuk menegangka­n kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurka­n sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Bagi mereka yang gemar menggunaka­n khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah sehinggala­h ia menggelega­k dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

Sebagai petua menghilang­kan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Mengelakka­n kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilang­kan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilang­kan jerawat pada muka dengan mencampurk­an airnya dengan bedak sejuk.

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilang­kan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

Akhirnya susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatka­n kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.

Nah, bukanlah melakukan sendiri rawatan muka di rumah lebih jimat dan selamat.

BAHAN-BAHAN UNTUK MERAWAT WAJAH

Tomato Tepung ubi Timun

Telur

Epal

Susu segar Lobak merah Asam jawa

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia