Harian Metro

Ganjaran tak setara

Rakyat Australia kesal atlet Paralimpik dianaktiri­kan kerajaan

-

Rakyat Australia kesal apabila mengetahui atlet Paralimpik mereka tidak mendapat ganjaran sewajarnya seperti dinikmati atlet Olimpik negara itu yang meraih pingat di Tokyo.

Atlet Olimpik Australia dihawang diahkan tunai dengan emas mendapat $20,000 (RM61,000), perak $15,000 (RM46,000) dan gangsa $10,000 (RM30,680).

Tetapi menurut laporan SBS, atlet Paralimpik Australia langtidak sung menerima apa-apa habuan.

Jurucakap media itu berkata, “Paralimpik Australia mudah mengatakan mereka tiada dana untuk bonus pingat.”

Atlet pecut Australia, Scott Reardon berkata, realitinya atmendapat let para layanan ber“Dalam beza. dunia sempurna, kami berharap kesaksamaa­n sukan dalam lelaki, wanita, suPara,’’ kan katanya kepada SBS.

Amerika Syarikat dan beberapa negara memberi ganjaran kepada atlet Paralimpik sama seperti diterima atlet Olimpik mereka, langkah yang disambut gembira banyak pihak.

Tetapi Kanada sebuah lagi negara yang atlet Paralimpik­nya tidak mendapat apa-apa manakala New Zealand langsung tidak memberi ganjaran tunai sama ada kepada atlet Olimpik atau Paralimpik.

Serena Ovens, CEO Physical Disability Council NSW berkata kepada SBS, dia percaya di Australia, ‘kami masih memandang orang kurang upaya sesuatu yang kurang penting.’’

“Kami menghargai atlet Olimpik, tetapi masih tidak anggap atlet Paralimpik mencapai tahap elit,’’ katanya.

“Atlet Paralimpik turut bekerja keras untuk beraksi buat negara.”

Rakyat Australia melepaskan kemarahan mereka di media sosial selepas mengetahui atlet Paralimpik tidak mendapat ganjaran wang tunai sambil mendesak perubahan perlu dilakukan.

Dalam dunia sempurna, kami harap kesaksamaa­n - dalam sukan lelaki, wanita, sukan Para

Scott Reardon

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia