Harian Metro

Harimau Malaya belum ada lawan untuk diuji

-

Kuala Lumpur:

Skuad Harimau Malaya berisiko tidak dapat menguji barisan pemain pada jendela aksi antarabang­sa Oktober ini dan ia pastinya merencatka­n perancanga­n pasukan menjelang saingan Piala AFF Disember ini dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia pada Februari depan.

Mengikut kalendar Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa), jendela aksi antarabang­sa untuk tahun ini hanya tinggal dua lagi iaitu pada bulan Oktober dan November ini dengan kem latihan terdekat dijadual bermula dari 4 hingga 12 Oktober ini.

Begitupun, kebanyakan pasukan terbaik di rantau ini difahamkan sudah mempunyai lawan masing-masing dan barisan kejurulati­han skuad negara ketika ini sedang berusaha untuk mencari lawan sesuai.

Pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui pihaknya masih belum menemui pasukan yang akan menguji skuad kendaliann­ya pada kem latihan Oktober ini.

“Setakat sekarang kami pengurusan masih uruskan (mencari pasukan lawan) dan disebabkan situasi Covid-19 ini, pasukan besar biasanya dah buat persiapan dan sudah ada pasukan untuk bermain.

“Tapi saya masih harapkan kita mengadakan perlawanan persahabat­an kerana ia penting bagi menguji pasukan selepas kali terakhir kita main di UAE (Emiriah Arab Bersatu) dalam kelayakan (Kelayakan Piala Dunia 2022) tempoh hari (Jun lalu),” katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, kem negara membuat keputusan untuk memulangka­n semula tarikh bagi panggilan skuad kebangsaan dalam jendela aksi antarabang­sa dari 30 Ogos hingga 7 September ini kepada Liga Bolasepak

Malaysia (MFL) untuk dilangsung­kan perlawanan Liga Malaysia dalam tempoh itu.

Malah, usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menganjurk­an aksi persahabat­an di dalam negara pada jendela September tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamata­n Negara (MKN), biarpun tiga pasukan luar dikatakan sedia terbang ke Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia