Harian Metro

Kedah lega raih tiga mata di Darul Aman

- Oleh Izzali Ismail sukan@hmetro com.my

Alor Setar:

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak bersyukur skuadnya berjaya menambah tiga lagi mata berharga pada aksi Liga Super menentang Perak FC walaupun berdepan tentangan sengit di Stadium Darul Aman, malam kelmarin.

Kemenangan tipis 1-0 tetap memberi hasil bermakna buat KDA FC yang kini sedang bekerja keras untuk memburu tangga kedua liga elit itu pada musim ini.

“Syukur alhamdulil­lah kami mendapat tiga mata yang dicari, namun tidak mudah buat kami apabila Perak FC juga memberi tekanan hebat sepanjang perlawanan.

“Saya juga menghargai usaha semua pemain, walaupun jadual padat dan mengalami keletihan dengan lima perlawanan ditambah pula selepas perlawanan menentang PJ City, kami bertolak balik dan hanya menjalani proses kecergasan tanpa peluang berlatih, namun mereka berjaya juga mendapatka­n tiga mata pada perlawanan kali ini.

“Sesiapa saja yang beraksi lima perlawanan dalam tempoh singkat pasti akan berasa letih dari setiap aspek, tapi itu bukanlah satu alasan, kerana kami bersikap profesiona­l dan perlu merancangk­an sebaiknya dan saya harap pemain dapat kembali cergas melalui sistem yang ada,” katanya.

Aidil berkata, sebelum perlawanan ini beliau memang sudah menjangka tidak akan berdepan aksi mudah apabila bertemu Perak FC kerana pemain skuad Bos Gaurus pastinya mahu bangkit mengubah keadaan selepas empat kekalahan yang mereka lalui.

“Mereka beraksi dengan penuh semangat sepanjang perlawanan, tambah pula motivasi mereka kembali meningkat apabila mendapat gaji penuh,” katanya.

Gol tunggal kemenangan Kedah diperoleh hasil tandukan penyerang importnya, Kpah Sherman pada minit ke-19.

Sementara itu, KDA FC secara rasmi mengumumka­n persetujua­n bersama penamatan kontrak penyerangn­ya, Rozaimi Abdul Rahman selepas lapan bulan beraksi pada musim ini.

“Mereka beraksi dengan penuh semangat sepanjang perlawanan Aidil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia