Harian Metro

PENGORBANA­N BERBALOI

Bapa pemenang emas anggap pengorbana­n membuahkan hasil

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Bukan mudah buat jaguh powerlifti­ng, Bonnie Bunyau Gustin merangkul pingat emas sulung kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo. Menurut bapanya, Gustin Jenang, mereka hampir dua tahun tidak bertemu kerana Bonnie terpaksa menjalani latihan dalam konsep gelembung sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) susulan pandemik Covid-19. Hanya panggilan video dan telefon saja dapat mengubat rindu keluarga terhadap anaknya itu, lapor Aida Adilah Mat

Bagaikan hilang kata-kata selepas Gustin Jenang melihat anaknya, Bonnie Bunyau Gustin membanggak­an keluarga dengan kejayaan merangkul emas pertama buat kontinjen negara di temasya Paralimpik Tokyo, kelmarin.

Ia bagaikan pengubat rindu keluarga terhadap Bonnie selepas hampir dua tahun tidak dapat bertemu dengannya kerana terpaksa menjalani latihan dalam konsep gelembung sukan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Kata Gustin, hanya panggilan video dan telefon saja dapat mengubat rindu keluarga terhadap anaknya itu. Gustin juga memaklumka­n bahawa Bonnie ada menelefonn­ya sebelum turun beraksi kelmarin.

“Katanya dia terlalu gementar dan banyak perkara yang bermain di fikirannya. Bonnie berkata, dia sangat takut akan berlaku kesilapan dan juga tak mampu buat angkatan. Sedangkan semua orang mengharapk­an kepadanya.

“Banyak sangat yang dia fikir hingga serabut kepalanya. Cuma saya cakap kepada dia supaya bertenang dan kosongkan kepala. Anggap saja ini kejohanan biasa.

“Saya tahu dia takut sebab ini Paralimpik pertamanya, tapi saya cakap lagi kalau dia anggap macam kejohanan biasa, pasti boleh berjaya,” katanya yang pernah merangkul gangsa kategori lelaki 59 kg pada Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017.

Bonnie sebelum ini pernah berkata, dia mahu berusaha keras untuk membahagia­kan keluarga dan mula berminat dalam sukan itu selepas mengikut ayahnya menjalani latihan.

Selepas cemerlang dalam tempoh tiga tahun berturut-turut bermula dari 2019, atlet kelahiran Sarawak itu mengakui tidak ada rahsia dalam mengekalka­n aksi konsisten hanya berpegang kepada prinsip ingin membantu keluargany­a.

“Tidak ada rahsia, tapi saya tahu saya orang susah jadi saya bekerja keras untuk membantu keluarga saya,” katanya.

Kelmarin, Bonnie meraih pingat emas pertama negara di temasya Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifti­ng dengan melakukan angkatan 228 kilogram (kg) yang juga rekod temasya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BONNIE
BONNIE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia