Harian Metro

'RAJA' BATAL

-

Kuala Lumpur:

Episod malang berulang buat perenang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli apabila aksinya sekali lagi dibatalkan.

Selepas kali pertama penyertaan­nya dalam acara S5 gaya bebas 200 meter (m) dibatalkan pada Rabu lalu berikutan kesalahan menampal pita pelekat di bahu akibat bisul, kali ini dia yang turun dalam acara 100m kuak dada lelaki SB4 berdepan nasib yang sama cuma dibatalkan atas alasan berbeza.

Perenang kelahiran Sarawak itu dikatakan melakukan kesilapan apabila menyelam terlalu lama dan tidak naik ke permukaan air dalam jarak 15 meter awal.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah yang memaklumka­n bahawa penyertaan perenang berusia 26 tahun itu dibatalkan berikutan melakukan satu lagi kesilapan teknikal ketika berenang.

“Kepala dia didapati tidak naik ke permukaan dalam jarak 15m awal sewaktu membuat kuakan,” katanya.

Pembatalan itu menyaksika­n impiannya untuk mengulangi pencapaian mara ke saingan akhir tidak kesampaian. Khamis lalu dia berjaya mara ke peringkat akhir 100m gaya bebas S5 selain turut merekodkan satu minit 15.12 saat (s) untuk memperbaik­i catatan peribadi terbaik 1:15.39s yang dilakukan di Kejohanan Dunia di London pada 2019.

Pada saringan pertama itu, perenang dari Jawatankua­sa Paralimpik Russia, Dmitrii Cherniaev memenangi saringan itu dengan mencatat 1 minit 33.42s , diikuti rakan senegarany­a Aleksandr Molkov (1:44.37s) dan ketiga pula milik Francesco Bocciardo dari Itali (1:51.11s).

Nur Syaiful, yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terbabit dalam kemalangan pada usia 17 tahun, masih mempunyai satu lagi peluang bagi membuktika­n kemampuan dirinya apabila dijadual turun beraksi dalam acara kegemarann­ya iaitu acara 50m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) Rabu ini.

Perenang kelahiran Sarawak melakukan kesilapan apabila menyelam terlalu lama

 ??  ??
 ??  ?? NUR Syaiful
NUR Syaiful

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia