Harian Metro

CHELSEA KENTAL IKAT LIVERPOOL

Seri 1-1 berdepan 10 pemain Chelsea

-

Chelsea yang beraksi sepuluh pemain terikat 1-1 di Liverpool selepas Reece James dibuang padang manakala Mikel Arteta menggesa Arsenal melihat diri sendiri selepas dibelasah Manchester City, 5-0 kelmarin.

Juara Eropah, Chelsea mendahului permainan menerusi tandukan Kai Havertz hasil sepakan sudut James pada minit ke-22, tetapi aksi menarik kedua-dua pencabar gelaran liga itu dicemari insiden kad merah James sejurus sebelum rehat.

Pertahanan Chelsea itu yang berdiri di atas garisan gol tertampan bola tolakan Sadio Mane dengan tangan dan pengadil, Anthony Taylor memberikan penalti selepas melihat monitor VAR sebelum melayangka­n kad merah kepada James.

Mohamed Salah tenang menjaringk­an gol penyamaan dan dominasi Liverpool berterusan di babak kedua namun benteng Chelsea tangkas bertahan dengan penjaga gol, Edouard Mendy beberapa kali menyelamat­kan gawangnya.

Kedua-dua pasukan yang kekal tanpa kalah membayangk­an persaingan sengit dalam memburu gelaran liga musim ini.

“Keputusan ini hasil kerjasama terbaik berpasukan,’’ kata pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.

“Kad merah menjejaska­n permainan kami. Saya tiada jawapan mengenainy­a. Mungkin kerana dia menafikan peluang lawan, tetapi mungkin juga tidak disengajak­an. Saya lebih berharap pengadil meneliti VAR lebih lama.’’

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata: “Semuanya bagus kecuali keputusan. Babak pertama yang hebat dan babak kedua juga hebat sebenarnya kerana tidak mudah berdepan sembilan pertahanan lawan.

“Bolehkah kami melakukan lebih baik lagi? Ya tetapi masih di awal musim.’’

Arsenal pula kini tewas kesemua tiga perlawanan awal liga dan belum meledak sebarang gol. Skuad Arteta menduduki tangga tercorot selepas permulaan terburuk sejak 1954, sekali gus memberikan tekanan kepada pengurus mereka.

Manakala City memberikan amaran mereka lebih daripada mampu mempertaha­nkan trofi Liga Perdana musim ini walaupun gagal mendapatka­n Harry Kane dan Cristiano Ronaldo. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Chelsea Mason Mount (tengah) gagal menjaringk­an gol ketika berdepan Liverpool, semalam.
PEMAIN Chelsea Mason Mount (tengah) gagal menjaringk­an gol ketika berdepan Liverpool, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia