Harian Metro

PERAK FC HARAP IHSAN MFL

Perak mungkin kekal di Liga Super jika MFL tambah kuota pasukan bertanding

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Adalah benar Perak FC akan terselamat daripada terhumban ke Liga Perdana musim depan?

Itu persoalan yang timbul selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui ada melakukan perbincang­an bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) baharu, Stuart Ramalingam serta Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai perkara terbabit baru-baru ini.

Katanya, nasib skuad The Bos Gaurus kemungkina­n terselamat jika MFL bersemenam­bah tuju untuk penyertaan dalam saingan Liga Super musim depan daripada 12 kepada 16 pasubeliau kan.

Jelasnya, tidak mempunyai kuasa selaku menteri untuk melakukann­ya, namun hasil perbincang­an dengan badan induk bola sepak tempatan itu keia mungkinan akan dilaksanak­an sekali gus menyelamat­kan Perak FC.

Menurutnya, perubahan itu didorong oleh saranan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) yang mahu saingan liga domestik ditambah penyertaan kepada 16 pasukan dalam semusim.

“Nombor satu, KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) tak ada kuasa nak buat apa-apa, tapi itu terpulang kepada MFL, tapi kita kawan baik dengan MFL. Saya dengan CEO baru MFL Stuart ini pun kawan baik, dengan Datuk Hamidin pun saya boleh cakapkan.

“Baru-baru ini kita ada bincang Datuk Hamidin dan Stuart ada pandangan nak naikkan kepada 16 pasukan sebab ini selari dengan apa yang Fifa tetapkan. Selama ini kita tak ikut Fifa dan mungkin dia orang terpaksa buat begitu.

“Kalau itu berlaku, selamat lah negeri Perak, kalau tak berlaku kita sakit kepala sikit lah sebab tak pernah berlaku lagi. Masalahnya, Perak FC II akan turun lagi (dari Liga Perdana ke Liga M3), dah tak boleh berada dalam satu liga jadi itu masalahnya. Kita doakanlah, insya-Allah saya akan cakapkan dengan Datuk

Hamidin dan Stuart,” katanya dalam satu video yang tular di media sosial ketika ini.

Ketika ini, pasukan Perak FC antara dua calon untuk turun ke Liga Perdana selepas hanya memungut 13 mata daripada 20 aksi Liga Super musim ini.

Dengan berbaki dua aksi untuk ditamatkan, skuad Kejor Yob Kejor itu tiada piwajib lihan lain apabila memata mungut enam makberhara­p simum sambil Sri Pahang (17 mata), Petaling Jaya City (18 mata) dan Memata) laka United (18 kedua ciciran mata dalam aksi itu.

Untuk rekod, Perak FC tike dak pernah jatuh Liga Perdana atau saingan divisliga yen dua sejak prodianjur­kan fesional pada awal 1990-an dan sekiranya berbakal laku, ia mencatat sejarah terburuk buat pasukan itu.

Itu terpulang kepada MFL, tapi kita kawan baik dengan MFL Faizal

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia