Harian Metro

RAHSIA SIHAT USIA 111 TAHUN

Petani diiktiraf Malaysia Book of Records ambil makanan seimbang selain sering berfikiran positif

- Oleh Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

Petani, Seliman Bandang yang berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai lelaki tertua di negara ini.

Dilahirkan pada 21 Mac 1910, Seliman yang berasal dari Tenggalat, Saratok kelihatan gembira ketika pengumuman itu dilakukan secara langsung di laman Facebook MBR, kelmarin.

Seliman berkongsi rahsia dan pengalaman kehidupan kepada warganet menerusiny­a cucunya, Micheal Bandang Tinggai, 24, yang dikendalik­an Pengarah Pemasaran MBR, Jwan Heah.

Micheal berkata, datuknya itu selalu berfikiran positif dan menjalani kehidupan harian tanpa tekanan selain mengamalka­n pemakanan seimbang.

“Sejak dari dahulu lagi datuk suka makan ikan ‘pansuh’ iaitu ikan yang dibakar dalam buluh dan banyak makan sayur direbus seperti labu.

“Kebiasaann­ya datuk tidur pada jam 9 malam dan bangun jam 7.30 pagi setiap hari, dia bersarapan dengan meminum teh, kadang-kadang susu bersama roti,” katanya.

Beliau berkata, datuknya juga kerap bersembang bersama cucu cicitnya manakala sebelah petang dia akan melawat sanak- saudara berdekatan untuk berbual.

“Isteri datuk sudah meninggal pada 1983, mereka mengambil dua anak angkat dan hasil perkahwina­n dua anak angkat itu, mereka mempunyai sembilan cucu dan 13 cicit.

“Tiada lain dapat menggembir­akan datuk apabila dapat melihat cucu cicitnya membesar,” katanya. Menurutnya, datuknya juga sangat gembira dapat melihat pembanguna­n pesat di Sarawak dan negara hari ini.

“Dia mengatakan sangat bangga kerana melihat Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang dalam pembinaan hampir siap.

“Ini adalah pengalaman luar biasa dapat menyaksika­n perubahan besar yang berlaku ketika usia sudah melebihi 100 tahun,” katanya.

Sementara itu, Jwan berkata, tidak banyak individu di dunia yang dapat melalui fasa kehidupan seperti yang dilalui Seliman.

Tiada lain dapat menggembir­akan datuk apabila dapat melihat cucu cicitnya membesar Micheal

 ??  ??
 ??  ?? SELIMAN yang berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai lelaki tertua di Malaysia.
SELIMAN yang berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai lelaki tertua di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia