Harian Metro

PM JALANI KUARANTIN KENDIRI

LEMBAH KLANG BOLEH BERALIH FASA 2 PPN TMJ ARAH MB DAN PENGARAH KESIHATAN MENGHADAP KEMATIAN SELURUH DUNIA CECAH 4.5J ORANG

- Kota Kinabalu

Negara khususnya Sabah, kehilangan seorang tokoh yang tidak pernah jemu berjuang demi meningkatk­an tahap sosioekono­mi dan pendidikan rakyat serta syiar Islam di negeri ini selepas pemergian Tun Sakaran Dandai, awal semalam.

Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu menghembus­kan nafas terakhirny­a di Hospital Gleaneagle­s di sini, jam 5.30 pagi selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan Covid-19 sejak dimasukkan ke hospital itu pada 18 Ogos lalu.

Budi ditabur Sakaran, 91, tidak akan dapat dilupakan rakyat Sabah terutama di tempat asalnya Semporna apabila Allahyarha­m mengasaska­n pembukaan tanah-tanah Rancangan termasuk Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak, sekali gus meningkatk­an tahap sosioekono­mi penduduk kawasan itu.

Jasa Allahyarha­m dalam bidang pendidikan dan syiar Islam juga amat dihargai apabila dilantik menjadi Canselor Pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dianugerah­kan Tokoh Maal Hijrah Sabah 2008 serta Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sakaran yang berasal dari Semporna berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.

Dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, Semporna, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna, sebelum menyambung pelajaran di

Government Vernacular School Semporna (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna).

Allahyarha­m juga penerima Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pengurusan) UMS pada 2004.

Dalam kerjayanya, Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmat­an awam sebagai Kerani Anak Negeri

(Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos 1948 dan memainkan peranan penting membangunk­an rakyat di peringkat

akar umbi melalui perkhidmat­annya antaranya di Lahad Datu serta Pejabat Daerah Tuaran.

Pada 1960, Sakaran adalah Ketua Anak Negeri paling muda dilantik ketika itu dan beliau sering memberi perhatian terhadap pembanguna­n pendidikan di Semporna khasnya, kerana pada masa itu hanya 35 peratus kanak-kanak dalam lingkungan

umur bersekolah dihantar ke sekolah.

Beliau kemudian membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah Rakyat untuk meningkatk­an taraf pendidikan penduduk Sabah, sebelum bersara daripada perkhidmat­an awam pada 1967.

Sakaran pernah terbabit dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dan mengasaska­n Yayasan Sabdi yang memfokuska­n untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi serta pendidikan dan menyebar kesusaster­aan Islam.

Dalam arena politik, Sakaran pernah menjadi Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) pada 1986, Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah dan Ahli Majlis Tertinggi Umno kedua-duanya pada 1993.

Allahyarha­m menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semporna pada 1976 dan Ahli Parlimen Silam pada 1978, dan kemudian Adun Sulabayan pada 1985 sebelum mempertaha­n kerusi berkenaan selama lapan penggal.

Sakaran juga pernah menganggot­ai Kabinet Sabah bermula 1971 antaranya sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconga­n Sabah; Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, dan Menteri Tanah dan Pembanguna­n Koperasi.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Tun Sakaran diturunkan ke liang lahad oleh petugas pengurusan jenazah Covid-19 bersama waris di Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, semalam. - Gambar NSTP/MOHD ADAM ARININ
JENAZAH Tun Sakaran diturunkan ke liang lahad oleh petugas pengurusan jenazah Covid-19 bersama waris di Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, semalam. - Gambar NSTP/MOHD ADAM ARININ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia