Harian Metro

UMPAMA BOM JANGKA

PMYT mampu memberi risiko keselamata­n terhadap negara

- lapor Skuad Khas Harian Metro

Doktrin Pergerakan Mimpi Yang Terakhir (PYMT) mampu mengancam keselamata­n negara walaupun diketuai seorang suri rumah. Pakar berpendapa­t kumpulan itu sudah memasuki fasa dua daripada empat tahap radikalisa­si. Jakim pula menyifatka­n ajaran PYMT boleh merosakkan akidah sementara semakin banyak NGO mendesak supaya tindakan segera diambil,

Umpama bom jangka. Itu adalah gambaran berhubung pergerakan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), sekali gus memberi risiko keselamata­n terhadap negara.

Pakar Deradikali­sasi Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam berkata, kumpulan berkenaan sudah memasuki fasa dua daripada empat tahap radikalisa­si dan jika tiada langkah pencegahan, ajaran itu mampu menjadi kumpulan pelampau.

“Ideologi radikal ini mempunyai empat tahap iaitu fasa pertama indoktrina­si yang sudah pun berlaku dalam ajaran PMYT sehingga mempunyai lebih 3,000 pengikut seluruh negara.

“Kini mereka berada dalam fasa migrasi. Maksudnya, migrasi fizikal atau perubahan minda untuk memasuki fasa ketiga yang lebih menakutkan iaitu latihan atau ‘tamrin’ sebelum fasa operasi.

“Kalau kita letak darjah ektremisme untuk ajaran ini, saya berikan mereka sudah memasuki fasa dua dan akan pergi ke fasa berikutnya yang lebih serius,” katanya.

Katanya, ajaran PMYT ini mempunyai corak yang sangat mirip dengan mana-mana kumpulan radikal yang lain termasuk Daish kerana menggunaka­n hujah eskatologi dan memerlukan umat Islam pergi ke satu tempat yang dijanjikan.

Menurutnya, dalam doktrin mereka juga ada disebut bahawa sesiapa yang tidak mengikuti ajaran ketua mereka akan mati dalam keadaan hina.

Katanya, pernyataan itu jika diperhalus­i adalah memberi mesej kepada semua orang yang tidak sehaluan dengan ajaran itu bahawa hidup mereka akan binasa.

“Bagaimana jika mereka mempunyai kekuatan, jumlah serta keupayaan, pastinya mereka akan mengambil tindakan sendiri terhadap sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka.

“Saya difahamkan dalam doktrin mereka, ahli atau anggota ajaran ini dikehendak­i mempersiap­kan diri dengan stok makanan, senjata asas dan sudah mempunyai plot pertemuan untuk penempatan sementara.

“Poin pertemuan yang dilakarkan oleh kumpulan ini disifatkan sangat teliti dan pastinya ada dalam kalangan ahli ajaran ini yang juga bekas anggota pasukan keselamata­n mahu pun yang masih bertugas,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruha­nnya, ajaran PMYT mempunyai semua elemen ektremisme sama seperti mana-mana organisasi seperti Daish dan cuma hanya menanti masa yang sesuai untuk meletus.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia