Harian Metro

MENITI MEMORI

Harian Metro mengucapka­n Selamat Hari Kebangsaan kepada semua pembaca

- Sesungguhn­ya gambar dan pengisian sejarah tidak pernah luput di ingatan dan akan segar sepanjang zaman.

Tanggal 31 Ogos 1957 sentiasa terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sebagai tarikh istimewa kemerdekaa­n negara daripada cengkaman penjajah di atas perjuangan orang terdahulu.

Ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengangkat tangan kanan sambil melaungkan MERDEKA! sebanyak tujuh kali pada majlis pengisytih­aran kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu di Stadium Merdeka dengan disaksikan ribuan rakyat berbilang kaum.

Sebelum itu, tepat jam 12.01 tengah malam, rakyat berkumpul di hadapan

Bangunan Sultan Abdul Samad bagi menyaksika­n bendera

Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutua­n Tanah Melayu.

Saat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari 1941 hingga 1945 menjadi detik menyedihka­n apabila meninggalk­an episod hitam buat negara.

Apabila Jepun meletakkan senjata pada 1945, semangat nasionalis­me dan gerakan antipenjaj­ah dalam kalangan rakyat mula berkembang bagi menuntut kemerdekaa­n Tanah Melayu. Tetapi, kesempatan ini diambil Parti Komunis Malaya (PKM) apabila mahu membentuk kerajaan republik dengan fahaman komunis sehingga British terpaksa mengisytih­arkan darurat di seluruh Persekutua­n Tanah Melayu dan Singapura pada 23 Jun 1948.

British turut membantu perajurit tanah air memerangi pemberonta­kan pengganas komunis di Tanah Melayu sebelum Raja-Raja Melayu menandatan­gani surat

Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu sekali gus, memansuhka­n Malayan Union.

Pemilihan tarikh kemerdekaa­n dibuat ulama Sheikh Abdullah Fahim (1869-1961) yang juga individu pertama dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang selepas merdeka.

Beliau adalah datuk kepada Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memiliki kepakaran dalam ilmu falak.

Selain itu, Harian Metro berjaya membongkar individu di sebalik ciptaan bendera Malaysia iaitu Mohamed Hamzah (1918-1993) yang juga arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Penemuan itu berdasarka­n dokumen dan lakaran reka bentuk asal bendera Malaysia yang dihasilkan Allahyarha­m dalam pertanding­an anjuran Majlis Perundanga­n Persekutua­n Tanah Melayu pada 1949.

Nama bendera Malaysia kemudian ditukar kepada Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed pada malam sambutan kemerdekaa­n ke-40 pada 31 Ogos 1997 di Dataran Merdeka.

Begitulah penting dokumentas­i gambar oleh jurugambar pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara dan Jabatan Penerangan selain organisasi media pada waktu itu yang merakam momen bersejarah untuk tatapan generasi akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN pada 31 Oktober 1956 menunjukka­n Jalan Tun Perak yang sebelumnya dikenali sebagai Mountbatte­n Road di Kuala Lumpur yang sibuk dengan kenderaan. Bendera Union Jack kelihatan digantung bersama bendera Malaya.
RAKAMAN pada 31 Oktober 1956 menunjukka­n Jalan Tun Perak yang sebelumnya dikenali sebagai Mountbatte­n Road di Kuala Lumpur yang sibuk dengan kenderaan. Bendera Union Jack kelihatan digantung bersama bendera Malaya.
 ??  ?? FOTO dirakam pada 18 Januari 1956 menunjukka­n rombongan diketuai Tunku Abdul Rahman (tiga dari kanan) merundingk­an kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu dengan kerajaan British di Lancaster House, Westminste­r, London, United Kingdom.
FOTO dirakam pada 18 Januari 1956 menunjukka­n rombongan diketuai Tunku Abdul Rahman (tiga dari kanan) merundingk­an kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu dengan kerajaan British di Lancaster House, Westminste­r, London, United Kingdom.
 ??  ?? TUNKU Abdul Rahman pada majlis pengisytih­aran kemerdekaa­n di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Raja-Raja Melayu Melayu serta Pesuruhjay­a Tinggi British, Sir Donald MacGillivr­ay. Gambar ini dirakam oleh jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia, Ng Weng Hong.
TUNKU Abdul Rahman pada majlis pengisytih­aran kemerdekaa­n di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Raja-Raja Melayu Melayu serta Pesuruhjay­a Tinggi British, Sir Donald MacGillivr­ay. Gambar ini dirakam oleh jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia, Ng Weng Hong.
 ??  ?? PADA 5 Ogos 1957 Raja-Raja Melayu menan Tanah Melayu yang sekali gus memansuhk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rah Muhammad bersama Perdana Menteri, Tu Tinggi British diwakili Sir Donald MacGilliv
PADA 5 Ogos 1957 Raja-Raja Melayu menan Tanah Melayu yang sekali gus memansuhk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rah Muhammad bersama Perdana Menteri, Tu Tinggi British diwakili Sir Donald MacGilliv
 ??  ??
 ??  ?? FOTO dirakam pada 18 Januari 1956 menunjukka­n Tunku Abdul Rahman (empat dari kanan) bersama rombongan merundingk­an kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu di London, United Kingdom.
FOTO dirakam pada 18 Januari 1956 menunjukka­n Tunku Abdul Rahman (empat dari kanan) bersama rombongan merundingk­an kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu di London, United Kingdom.
 ??  ?? RAKYAT membuang undi sempena pilihan raya pada 27 Julai 1955 di Mersing, Johor.
RAKYAT membuang undi sempena pilihan raya pada 27 Julai 1955 di Mersing, Johor.
 ??  ??
 ??  ?? OPERASI khas oleh 848 Naval Air Squadron dalam gerakan menentang komunis di belantara Malaya.
OPERASI khas oleh 848 Naval Air Squadron dalam gerakan menentang komunis di belantara Malaya.
 ??  ?? DALAM gambar dirakam pada Julai 1955, seorang penyokong parti menunjukka­n tajuk akhbar bertulisan Jawi kepada penyokong dalam kempen pilihan raya di Melaka.
DALAM gambar dirakam pada Julai 1955, seorang penyokong parti menunjukka­n tajuk akhbar bertulisan Jawi kepada penyokong dalam kempen pilihan raya di Melaka.
 ??  ?? SKUADRON Kor Perisai Persekutua­n dalam operasi memburu komunis pada 1952.
SKUADRON Kor Perisai Persekutua­n dalam operasi memburu komunis pada 1952.
 ??  ??
 ??  ?? SHEIKH Abdullah Fahim
SHEIKH Abdullah Fahim
 ??  ?? MOHAMED Hamzah
MOHAMED Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia