Harian Metro

‘Satu petunjuk awal positif ’

Kemasukan pesakit ke ICU hospital Lembah Klang turun selari liputan vaksinasi dos lengkap

- Oleh Mahani Ishak am@hmetro.com.my

‘ Khususnya, di Hospital Sungai Buloh, kemasukan pesakit Covid-19 kategori empat dan lima semakin berkuranga­n”

Kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital Lembah Klang menunjukka­n trend penurunan selari dengan peningkata­n liputan vaksinasi dos yang lengkap.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham

Abdullah berkata, perkembang­an itu disebabkan vaksinasi Covid-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang, sekali gus menunjukka­n tanda awal yang positif.

“Alhamdulil­lah, kadar vaksinasi Covid-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukka­n tanda awal yang positif.

“Terkini, kemasukan pesakit Covid-19 ke ICU di hospital-hospital Lembah Klang menunjukka­n trend penurunan selari dengan peningkata­n liputan vaksinasi dos yang lengkap.

“Khususnya, di Hospital Sungai Buloh, kemasukan pesakit Covid-19 kategori empat dan lima semakin berkuranga­n,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama berusaha memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang yang layak menerima dos vaksinasi lengkap.

“Usaha ini bagi mengurangk­an risiko keterukan penyakit yang serius dan kemasukan ke hospital, mengurangk­an risiko kemasukan ke ICU dan mengurangk­an risiko kematian akibat Covid-19,” katanya.

Katanya, dengan mengambil dos lengkap vaksin Covid-19, memakai pelitup muka (sebaik-baiknya memakai dua pelitup muka dan pelindung muka) serta menjaga penjarakan fizikal dengan mengelakka­n 3S.

3S ialah mengelakka­n kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat selain kerap mencuci tangan adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah dan membendung penularan jangkitan virus Covid-19.

Dr Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia