Harian Metro

Tujuh kanak-kanak jadi yatim piatu akibat Covid-19

-

Seramai 121 kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun di Negeri Sembilan kehilangan sama ada ibu atau bapa akibat Covid-19 termasuk tujuh menjadi yatim piatu, setakat ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, tujuh kanak-kanak itu membabitka­n lima keluarga di daerah ini, Port Dickson dan Jempol.

Katanya, semua kanak-kanak yatim piatu itu kini tinggal bersama penjaga mereka sama ada nenek atau saudara mara terdekat.

“Secara keseluruha­nnya setakat ini 121 kanak-kanak dan remaja membabitka­n 80 keluarga menjadi yatim dengan tujuh daripada mereka adalah yatim piatu.

“Semua mereka yang meninggal dunia itu adalah akibat Covid-19,” katanya selepas majlis penyampaia­n bakul makanan kepada keluarga terkesan Covid-19 di Pangsapuri Arowana Seremban 2 di sini, petang kelmarin.

Nicole yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepayang berkata, kerajaan negeri akan memberikan perhatian terhadap kanak-kanak yang menjadi yatim piatu.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keperluan kehidupan dan pendidikan mereka bagi memastikan nasib serta masa depan kanak-kanak itu dibela.

“Sebarang keperluan mereka kita akan bantu mengikut kesesuaian semasa,” katanya yang menyerahka­n bantuan bakul makanan berkenaan kepada 14 keluarga.

Secara keseluruha­nnya setakat ini 121 kanak-kanak dan remaja membabitka­n 80 keluarga menjadi yatim dengan tujuh daripada mereka adalah yatim piatu”

Nicole Tan Lee Koon

Dalam pada itu, katanya, hanya seramai 126 keluarga di negeri ini menerima Bantuan Khas Covid-19 bernilai RM5,000 yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat 15 Ogos lalu.

Menurutnya, daripada 1,000 keluarga yang terbabit dengan kematian Covid-19, tidak sampai separuh menerima bantuan khas berkenaan.

“Kita akan berhubung dengan pihak berkaitan mengapa masih ramai yang belum menerima bantuan khas.

“Setiap permohonan dilakukan dalam talian dan mereka hanya perlu mengemukak­an beberapa dokumen tertentu bagi membolehka­n permohonan itu diluluskan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini seramai 591 individu yang dikuaranti­n serta hilang sumber pendapatan menerima bantuan RM100 sehari menerusi bantuan khas Covid-19 oleh Nadma membabitka­n jumlah RM807,800.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia