Harian Metro

Bincang masalah vaksin

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my Johor Bahru

Menteri Besar, Pengarah Kesihatan Johor menghadap TMJ cari penyelesai­an terhadap isu dihadapi program vaksinasi

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim bertitah pertemuan bersama Menteri Besar dan Pengarah Kesihatan Johor, semalam bertujuan mencari penyelesai­an terhadap isu dihadapi program vaksinasi di negeri berkenaan.

Tunku Ismail dalam muat naik di akaun Facebook rasmi bertitah pertemuan di Ibu Pejabat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim itu membuka ruang supaya rakyat negeri ini dapat menerima vaksin secepat mungkin.

“Susulan perjumpaan ini, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity (di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) yang dikawal selia Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti) akan mendapat 70,000 dos vaksin pada Khamis ini.

“Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid-19 (IPA-C) dimulakan dengan kerjasama

kerajaan Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan pemimpin komuniti tempatan untuk melaksanak­an aktiviti pendidikan kesihatan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan membantu melaksanak­an ujian saringan secara bersasar.

“Kerajaan Johor menyediaka­n khemah lebih besar untuk Covid-19 Temporary Treatment Centre

(CTTC) berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“JKNJ memulakan sistem perkhidmat­an Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya (VCAC) bagi membolehka­n pesakit mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan di rumah masing-masing,” titah baginda.

Pertemuan itu dihadiri Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.

Ia diadakan untuk mendapat laporan terkini mengenai isu kekurangan vaksin di PPV Educity, pembatalan janji temu untuk vaksinasi di Johor selain program vaksinasi pekerja kilang di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia