Harian Metro

64.7 peratus sudah diarah tutup

Permata al-Quran mohon kerajaan salur bantuan kepada maahad tahfiz untuk terus beroperasi

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi am@hmetro.com.my

Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di Malaysia perlu menutup operasi atas arahan kerajaan.

Presidenny­a, Manolito Mohd Dahlan berkata, ia berdasarka­n kajian pihaknya terhadap 512 maahad tahfiz di negara ini.

Katanya, kajian mendapati 11.7 peratus maahad tahfiz perlu memberhent­ikan semua kakitangan, mampu bayar separuh gaji (52 peratus), boleh bertahan tidak lebih tiga bulan (34.4 peratus), tidak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) (38.1 peratus) dan menerima yuran separuh atau kurang kerana ibu bapa tidak berkemampu­an (85.4 peratus).

Katanya, secara keseluruha­n ketika ini terdapat sebanyak 1,198 maahad tahfiz persendiri­an yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) atau Jakim dengan 84,643 murid dan 10,357 guru.

“Setakat ini kerajaan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri, Jain dan Majlis Agama Islam Negeri (Main) sudah membantu dengan memberikan bantuan secara one-off kepada maahad tahfiz seluruh negara.

“Bagaimanap­un, sejak

Mac tahun lalu apabila berlaku pandemik Covid-19 operasi maahad tahfiz swasta berkenaan terjejas teruk,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu dilaporkan di media, 60 maahad tahfiz di Perak di ambang kritikal menjelang September.

Selain itu, turut dilaporkan ada pusat tahfiz tiada wang membayar gaji 8,000 guru berikutan yuran tertunggak serta dianggarka­n 10 peratus pusat tahfiz seluruh negara terancam.

Manolito berkata, maahad tahfiz adalah satu benteng utama umat Islam untuk memahami al-Quran serta melahirkan pemimpin berjiwa Quranic.

Oleh itu, katanya, ia perlu diselamatk­an bagi mengelak lagi pemberhent­ian kakitangan, tiada pemotongan gaji kakitangan malah penutupan operasi.

“Permata al-Quran memohon kerajaan membantu menyalurka­n bantuan perkapita atau bantuan khas kepada kakitangan termasuk guru, kerani, warden, tukang masak dan pekerja am.

“Selain itu turut membenarka­n maahad tahfiz beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau turut meminta Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jakim, Jain dan Main supaya membantu maahad tahfiz di seluruh Malaysia daripada terus terancam serta menutup operasinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia